Tipulah kalau cakap tak suka tengok kartun Jepun Doraemon waktu kecil-kecil dulu kan? Malah Doraemon ni lah yang menceriakan zaman kanak-kanak kita dulu. Walaupun kartun Doraemon sudah berpuluh tahun sejak pertama kali ditayangkan, kita mesti excited walaupun dah banyak kali tengok sampai dah hafal setiap babak! Suka memang suka, tapi pernah tak korang tahu pelakon suara Doraemon sebenarnya seorang wanita! Ya, wanita! Wanita tersebut bernama Ruhaiyah Ibrahim. Baru-baru ini, dia tular di laman TikTok kerana mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia dalam suara Doraemon! Difahamkan, Ruhaiyah diberi bantuan oleh Jabatan Amal Malaysia di atas rumahnya yang banjir lumpur di Kg. Kerling Hulu Selangor tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing. Dia juga merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi Bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon. Sejak video ter
Omza Malaysia
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia