Ciri-Ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami Mengalir Seperti Air, Isteri Kena Tahu Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami. Berikut ini kami kongsikan ciri-ciri isteri menghadirkan rezeki menjadi deras untuk suaminya menurut Islam. 1. Isteri yang sentiasa bersyukur Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki. Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menam
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia