Dahsyatnya doa sebelum berbuka, tapi sayang ramai yang abaikannya Skip to main content

Dahsyatnya doa sebelum berbuka, tapi sayang ramai yang abaikannya

Assallamualaikum sahabat ku sayang 
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dibulan Ramadhan yg mulia dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 




*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA*

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Doa Munajat Asmaulhusna Ramadhan Kareem

Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Kareem sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rahmat dan Kasih Sayang, kami mohon rahmat, redho dan restuMu untuk kami di bulan Ramadhan yang Mulia ini.

Ya Kareem Ya Majid Ya Dzaljalaaliwalikram, muliakan kami semua dengan ibadah-ibadah yang mulia sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dan izinkan kami memperbanyakkan zikir memuliakan Nama-namaMu dan memperbanyak membaca serta mentadabbur kalam-kalam suciMu.

Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jaleel, sucikan dan jernihkan hati dan fikiran, roh dan jasad kami untuk kami memasuki bulan Ramadhan yang suci ini agar dengan jiwa yang suci, dapatlah kami beribadah kepadaMu dengan sempurna.

Ya Quddus Ya Jaleel Ya Kareem, Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai saat penyucian bagi hati kami dari dari segala sifat-sifat mazmumah dan hiasi kami dengan sifat-sifat Mahmudah dan sifat-sifat mulia.

Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan roh dan jasad kami sepanjang bulan Ramadhan ini agar kami dapat menyempurnakan amal ibadah kepadaMu.

Ya Salam, sejahterakan roh kami dan sihatkan tubuh badan kami sepanjang Ramadhan ini agar kami dapat melaksanakan segala amal ibadah dengan sempurna.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Kareem, permudahkan segala urusan amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ya Baari’ Ya Quddus Ya Kareem, agendakan kami dengan agendaMu yang suci lagi mulia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungi kami dari agenda2 peribadi, nafsu dan dunia.

Ya  Mu’id Ya Quddus Ya Kareem, kembalikan kami kepada fitrah yang asal yang penuh kesucian dan kemuliaan disisiMu Ya Allah.

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَΨ°َΩ„َّΩ„ْΩ†َΨ§Ω‡َΨ§ Ω„َΩ‡ُΩ…ْ فَΩ…ِΩ†ْΩ‡َΨ§ Ψ±َΩƒُوبُΩ‡ُΩ…ْ وَΩ…ِΩ†ْΩ‡َΨ§ يَΨ£ْΩƒُΩ„ُΩˆΩ†َ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me