Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Keluarga Terpelihara. | Walaupun sumber kita membeli beras adalah melalui wang yang halal, namun bertambah elok jika kita amalkan adab ketika memasak. Rezeki yang dijamu dan kita suapkan kepada seisi keluarga menjadi lebih berkat dan membawa seribu kebaikan. Salah satu makanan ruji kita adalah nasi. Justeru, kami berikan panduan untuk anda amalkan ketika memasak nasi supaya hidangan nasi menjadi lebih berkat. Sekali gus memelihara keluarga melalui pemakanan. Adab Memasak Nasi 1. Seeloknya sebelum mula memasak nasi kita dalam keadaan bersih dan berwuduk. Berwuduk menjadikan kita lebih tenteram dan tidaklah memasak dalam keadaan marah. Jika sedang marah pun, hati akan rasa sejuk sikit apabila ada anggota badan yang terkena air. 2. Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan. Walaupun anda seorang yang kidal, cubalah sedaya upaya untuk membasuh beras menggunakan tangan kanan. Jadikan ianya sebagai tabiat atau
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia