Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Dah tahu gaji suami ciput, Tak payah la gatal beranak ramai sampai menyusahkan diri sendiri.Akhirnya

“Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak,” demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya. Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik ‘pandangannya’ itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya. “Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan. “Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. JAdilah bijak dalam merancang anak. Kita ambil kiraan simple sajalah: Rumah: RM400 Transport: RM200 (Mungkin motosikal sahaja) Bil air dan elektrik: RM200 Jumlah keseluruhan: RM800 Baki gaji: RM200 “Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk