Dah tahu gaji suami ciput, Tak payah la gatal beranak ramai sampai menyusahkan diri sendiri.Akhirnya Skip to main content

Dah tahu gaji suami ciput, Tak payah la gatal beranak ramai sampai menyusahkan diri sendiri.Akhirnya


“Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak,” demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya.

Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik ‘pandangannya’ itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya.

“Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.

“Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. JAdilah bijak dalam merancang anak. Kita ambil kiraan simple sajalah:

Rumah: RM400
Transport: RM200 (Mungkin motosikal sahaja)
Bil air dan elektrik: RM200
Jumlah keseluruhan: RM800
Baki gaji: RM200

“Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang,” katanya.

Menurut Syazwani lagi, kesan dari kualiti hidup yang negatif sedemikian akan menyebabkan peningkatan kes kecurian, rompakan kerana mereka terdesak mencari duit bagi menampung kos sara hidup.

Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosial juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai.

Justeru, Syazwani menyarankan bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.

“Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja. Selain itu, kawal nafsu atau makan ubat perancang.

“Kalau nak anak ramai, carilah kerja yang lebih bagus dari sebelumnya agar senang menanggung anak atau buat dua kerja dalam satu masa. Malah, isteri juga perlu bekerja,” jelasnya.

Sementara itu, netizen menganggap cadangan Syazwani mengikut langkah menghadkan kelahiran anak seperti yang pernah dilaksanakan oleh China suatu ketika dulu adalah kurang cerdik dan mundur.

Selain itu, netizen mendakwa Syazwani sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul.

Berikut pula reaksi dari pembaca “

“Betul setiap anak allah dah tetap kan rezeki masing2…tapi kite sebagai mak bapak wajib jaga kebajikan anak makan pakai kesihatan dia..memang dekat malaysia ni xde lagi kes budak mati mak bapak x mampu bagi makan tapi tengok berapa ramai budak terbiar?? Sebagai org tua kite nak keselesaan yang terbaik utk anak..Lagi satu anak ramai ni kena sentiasa kawal emosi..sbb kadang2 bila kite tengah penat anak buat buat perangai kite mudah naik angin…zaman dulu dgn zaman skrg kos sara hidup tak sama..ingat anak juga adalah amanah dari allah jadi kena jaga sebaik mungkin..kasih syg harus dibahagi sama rata

“Saya seorang ibu kpd 7 org anak yg suami hnya pekerja bergaji bawah dr rm1300 tapi Alhamdulillah kehidupan kami bahgia secara sederhana ….setiap bulan blh ja bawa anak mkn kat luar walaupun bukan ditempat mewah tapi x pula hny mkn diwarung blh gak mkn di restoran n yuran persekolahan anak2 siap dibyr sebelum bulan mac setiap tahun cuma satu ja kita kena yakin dgn tiap anak yg Allah anugerahkan adalah rezeki utk mereka asalkan kita rajin berusaha n kini Alhamdulillah anak2 saya dapat gak menjejakkan kaki dimenara gading n dah berjaya bina kehidupan mereka tanpa menyusahkan kami suami isteri sebaliknya kami pula yg dpt menumpang kesenangan mereka.

“Jgn ckp anak2 Tu menyusahkan..Aturan Allah adalah Yg terbaik..Tiap2 anak Yg Di berikan mempunyai rezeki Di sebaliknya..mcm mana pun kena syukur dgn pemberianNya..Mcm mana pun. Kenalah bersusah2 dahulu.. bersenang2 kemudian.. Kita sebagai Ibu bapa Yg kena tau Cara mendidiknya..supaya x terabai tanggungjawab Dan amanah Yg Di berikan..

“Anak saya doktor jumpa dgn pelbagai patient. Ada yg muda dah anak 6 kecik2 beranak lagi. Anak2 x terurus dgn ekonomi keluarga tunggang langgang. Ramai dr nasihat rancang keluarga bg kehidupan anak2 lebih baik. Jgn sama zaman skrg dgn dulu. Gaji rm5k dok kat kl dah paras hidung hidup. Jika ekonomi x mantap setakat makan boleh tapi utk dpt eduction yg baik memang susah. Anak2 yg bernasib baik memang dpt masuk u local. Tapi nak anak melayu jadi yg terbaik di msia n oversea berapa kerat yg dpt. Kebykan berjawatan tinggi swasta dr golongan menengah yg mak bapak pun bergaji rm10k ke atas. Masa anak saya study utk psiapan oversea ke europe mostly gaji mak bapak student rm40k ke atas. Anak yg gaji parents mantap dpt dibekalkan dgn pelbagai ilmu dunia n akhirat. Bukalah mata hati n minda kita dgn seluasnya bg melihat keadaan globalisasi dunia. Paling teruk terkesan covid ni golongan b40 n ramai diisytiharkan muflis.

Sumber : macam² ada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me