Ahmad Maslan Tampil Mohon Maaf Selepas Rendahkan Pekerja Pemarut Kelapa, ‘Saya Anak Penoreh Getah’ Skip to main content

Ahmad Maslan Tampil Mohon Maaf Selepas Rendahkan Pekerja Pemarut Kelapa, ‘Saya Anak Penoreh Getah’

” Ya benar saya minta maaf kepada pihak yang terkilan terhadap saya.”

Itu kata-kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang tampil memohon maaf terhadap pihak yang terkilan dengan kenyataannya sebelum ini dengan berkata bahawa dia bukan seorang yang suka merendahkan orang lain.

Ahmad merujuk kenyataannya yang menyifatkan golongan berpendidikan tinggi lebih dapat memahami keperluan mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.

” Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Ahmad, dia dilahirkan dalam keluarga miskin dan merupakan anak penoreh getah.

” Bukan sifat saya hiina orang,” tegasnya.

Ahmad, yang juga merupakan ahli parlimen Pontian mendapat kec4man susulan kenyataan yang dibuat dalam program wacana anjuran Umno Tanjung Malim yang disiarkan secara langsung oleh Facebook Umno Online pada 8 Jan lalu.

Ahmad ketika itu merujuk temu bual stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa dan menerangkan sebab-sebab mengapa PRU wajar diadakan segera.

Antara lainnya Ahmad berkata kerajaan hari ini adalah paling tipis di dunia dengan majoriti 111 dari jumlah 222 kerusi parlimen. Dan Ahmad berkata mungkin pemarut kelapa yang ditemubual itu tidak perasan perkara ini.

” Rasanya yang memarut kelapa tadi tu, dia tidak perasan… yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah dia sekolah ke..mungkin harap dia sekolah tinggilah.

” Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat,”

Beliau berkata demikian sambil menunjuk kepada panel lain wacana itu, Adun Slim Mohd Zaidi Aziz yang juga lepasan UIA serta Prof Madya Dr Baharuddin Aziz dari Center for Leadership and Professional Development.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP menyelar Ahmad dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai sombong dan menghiina pekerja biasa yang menolak cadangan agar PRU diadakan semasa COVlD-19 masih mengancam.

Ahmad kemudian tampil mempertahankan pendiriannya dengan menjelaskan bahawa cadangannya untuk mengadakan PRU adalah selepas banjir reda dan vaksinasi COVlD-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

” Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

” Kempen (PRU) guna media sosial,” katanya menerusi laman sosial Twitter pada 10 Jan lalu.

Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

” Saya sebut SPR nyatakan dalam (akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

” Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat,” katanya.


sumber: mediaviral

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru