Julai tahun lalu, pelakon yang penuh kontroversi, Zarina Anjoulie akhirnya telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas.
Berita perkahwinan mereka ini mula tersebar selepas pelakon tersebut memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru di Instagram, Zarina Anjoulie memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya selepas kira-kira enam bulan berkahwin. Biar betul?
Perkongsian ini pastinya mengejutkan ramai kerana Anju dan suaminya dilihat sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.
Apa-apa pun, didoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?
Gambar last bersama 15 Disember 2020
Terakhir bergambar Anju bergambar bersama dengan suaminya adalah sekitar pertengahan Disember tahun lalu ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.
Setelah itu, Anju lebih banyak memuat naik review produk-produk serta anaknya tanpa kehadiran
suami disisi.
Kredit: Zarina Anjoulie
Comments
Post a Comment