Penceraian Zarina Anjoulie seperti yang dimaklumkan olehnya menerusi Instagram pagi tadi sememangnya memberi kejutan buat netizen.
Mana tidaknya, Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju bru sahaja 6 bulan mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar pada Julai 2020.
Tak ada apa yang buruk jadi pun
Selepas berdiam diri beberapa jam, akhirnya Anju telah memuat naik video memaklumkan kondisinya ketika ini dan sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk bercerai.
Tak akan aibkan bekas suami
Menurutnya, tiada perkara besar terjadi antara mereka dan hanya merasakan perkahwinan yang terbina terlalu cepat memandangkan mereka berkenalan tidak terlalu lama sebelum mengambil keputusan berkahwinan.
Dalam video yang di muat naik di IG story pula, selebriti tersebut menyatakan mereka tidak mempunyai persefahaman dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Tertekan desakan kahwin
Menurutnya, desakan daripada netizen dan pendakwah selebriti yang menggesanya berkahwin menjadikan dirinya tertekan dan mengambil langkah drastik itu.
Jadi, pelakon drama Anak Pontianak ini memberi pesanan kepada semua pasangan diluar sana supaya tidak terlalu terpengaruh dengan desakan orang ramai yang meminta untuk segera berkahwin kerana risikonya berbalik kepada diri sendiri.
Kesilapan yang dibuat
Dalam kenyataan itu juga, Anju memaklumkan dia terlampau mendengar kata-kata daripada mulut orang untuk segera bernikah dan dia mengakui kesilapan tersebut antara punca penceraian berlaku.
Semoga kuat Anju
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat dirinya supaya tabah menghadapi cabaran ini walaupun menyedari riak wajah sedih Anju ketika membuat video tersebut.
Nampak muka sedih tu
Sumber: Anjoulielavocah1
Comments
Post a Comment