Mengalas tugas sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi, ragam anak yang ada kalanya memang menguji kesabaran ibu bapa. Hakikatnya, situasi demikian adalah asam garam dalam kehidupan berkeluarga. Namun begitu, sikap penyabar seperti lelaki dalam video ini wajar dicontohi oleh setiap mereka yang mempunyai anak.
Anak sengaja berlari ganggu ayah menyapu…ayah tetap sabar layan karenahnya
Walaupun hidup dalam kesederhanaan, Nik Aswan Ngah dilihat langsung tidak kekok mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah. Menerusi rakaman tular di TikTok, memaparkan gelagat anak lelakinya sengaja berlari dan menganggu si ayah yang mengemas ruang tamu rumah mereka. Bukan itu sahaja, anak itu beberapa kali membuat percubaan untuk memanjat badan si ayah. Akan tetapi, lelaki berkenaan tidak pula memarahinya malah dia kelihatan sabar menegur perangai anak lelaki itu yang dipanggil sebagai ‘adik’.
@nikaswanngah ♬ bunyi asal - NIK ASWAN NGAH K.T.G
Lepas tengok video ni rasa sebak sangat…walaupun tak mewah tapi nampak bahagia
Video berdurasi 49 saat itu dibanjiri dengan pelbagai komen dari netizen. Rata-rata mereka berasa sebak melihat cara Nik Aswan Ngah yang begitu penyabar dalam melayan karenah anak bujangnya. Mereka turut mengatakan kedua-dua beranak ini nampak bahagia walaupun tidak hidup dalam keadaan serba mewah seperti keluarga lain.
Comments
Post a Comment