Anwar dakwa kerajaan pimpinan PM kini berada di ‘lembah kegilaan’ Skip to main content

Anwar dakwa kerajaan pimpinan PM kini berada di ‘lembah kegilaan’

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berada di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seolah-olah tidak mampu memberi sebarang keyakinan dan masa depan yang baik dalam mengekang wabak Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan seperti tiada perancangan awal dan kurang jelas.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil.

“Ia meningatkan saya kepada satu ungkapan ‘adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda’,” katanya memetik ungkapan Albert Einstein.

Malah, ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengatakan kepimpinan Perdana Menteri telah meletakkan negara ini di ‘lembah kegilaan’.

Kenyataan dikongsi di Facebook


Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak...

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, January 16, 2021


“Kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan menganggap rakyat seperti kanak-kanak. Sekiranya kerajaan tidak mampu percaya pada rakyat…

“…bagaimana mereka harapkan perkara yang sama? Prosedur operasi standard yang sentiasa berubah setiap masa,” ujarnya.

Anwar berkata, kerajaan PN semakin hilang wibawa dan keyakinan, sehingga menyebabkan kesukaran untuk dipulihkan.

Oleh yang demikian, menurutnya pengisytiharan darurat disifatkan seperti tiada kaitan dengan usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Keyakinan terhadap kepimpinan beliau juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang Ahli Parlimen menarik sokongan.

“Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini?,” soalnya.

Sebelum ini, beliau mencadangkan semua ahli parlimen untuk menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda agar membatalkan Proklamasi Darurat sekali gus dapat mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.


Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru