Ayda Jebat beli baju untuk bulan madu, suami pula suka pakai ‘t-shirt’ koyak Skip to main content

Ayda Jebat beli baju untuk bulan madu, suami pula suka pakai ‘t-shirt’ koyak

 Baru bergelar suami isteri, jelas terpancar kebahagiaan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir yang sering dikongsi buat tatapan peminat menerusi laman sosial Instagram milik mereka berdua.

Semalam, Ayda berkongsi sebuah video memaparkan suaminya sedang leka menggunakan komputer riba sewaktu mereka sedang berbulan madu di Langkawi.

Apa yang mencuit hati adalah apabila penyanyi berusia 29 tahun itu membongkar rahsia, rupa-rupanya Nabil memakai sehelai baju yang berlubang besar di bahagian belakangnya!

Baju ke roti kirai?



“Inilah perbezaan baju tidur honeymoon perempuan VS baju tidur honeymoon lelaki. Perempuan bukan main semua beli baru! Lelaki? HAHAHA!” tulis Ayda di ruangan kapsyen.

Betul ke kenyataan Ayda tersebut? Si isteri punyalah menjaga penampilan, siap beli set baju tidur baru berenda-renda pelbagai warna dan corak untuk dipakai sewaktu berbulan madu.

Orang lelaki memang suka pakai baju koyak dan berlubang ke, walaupun tengah berbulan madu bersama isteri? Alahai, tidak mengapalah, janji selesa katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian berkenaan dan ada yang sempat mengusik pasangan suami isteri tersebut.

Biasanya baju macam tu la yang paling selesa

Lagi lusuh lagi sedap pakai

Seriouslah Nabil pakai baju koyak

Baju macam ni sejuk!

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan secara ‘online’ menggunakan aplikasi Google Meet.


Sumber: Instagram Ayda Jebat

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari