Bebas Covid-19 lepas 10 hari kuarantin, Hafiz Mahamad rindu bau anak & isteri Skip to main content

Bebas Covid-19 lepas 10 hari kuarantin, Hafiz Mahamad rindu bau anak & isteri

Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) baru bermula, usahawan dan juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad telah memuat naik berita kurang gembira di media sosial apabila mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah memandangkan tiada sebarang simptom yang berlaku kepada dirinya. Niat asal ingin berehat dalam tempoh PKP ini bersama isteri dan anak tidak kesampaian apabila dirinya disahkan menjadi mangsa virus tersebut.



Kembali bertemu keluarga

Selepas 10 hari berkurung di dalam bilik di tingkat bawah rumahnya, dia telah disahkan negatif wabak itu dan kembali bertemu keluarganya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Hafiz memaklumkan yang dia tidak sabar dan sangat merindui bau isteri dan anak kecilnya yang sudah 10 hari tidak bertemu secara dekat.



Terima kasih kepada semua yang mendoakan

Dalam muat naik itu juga usahawan muda tersebut turut mengakui memperlajari banyak perkara penting sepanjang kuarantinnya dan sempat mengucapkan terima kasih kepada isteri yang bersusah payah menjaganya.

Selain daripada itu, Hafiz turut berterima kasih kepada semua sahabat, keluarga dan pengikutnya di media sosial yang tak henti-henti mendoakan kesihatannya selama ini.

Alhamdulillah, jaga diri elok2

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menginggalkan komen diruangan Instagram Hafiz Mahamad dengan mengucapkan rasa syukur diatas keputusan negatif berkenaan ujian saringan kali kedua Covid-19 yang dijalankan keatasnya.

Mereka juga berdoa agar Hafiz dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada wabak maut itu lagi.

Ramai yang sebak tonton video

Semoga sentiasa sihat tau bang!

Sumber: Hafiz Mahamad

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru