Beli 3 tahun lalu, rumah Siti Elizad dah siap tapi belum rezeki timang zuriat Skip to main content

Beli 3 tahun lalu, rumah Siti Elizad dah siap tapi belum rezeki timang zuriat

Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-6 hari ini, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, lebih menjadi perhatian warganet adalah kapsyen perkongsian tersebut yang meruntun jiwa bagi peminat dan pengikut yang membacanya.

Nampaknya kita masih lagi berdua



“Kami beli rumah ni pada tahun 2018, dengan harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua Sayangku.

“Isteri awak ni terpaksa jadi “baby kecik” untuk meriahkan keluarga kecil kita. Berharap sangat awak tak bosan dengan saya, memandangkan isteri awak belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri,” luahnya di ruangan posting.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi luahan hatinya dimana dia dan suami berniat membeli rumah tersebut dengan harapan apabila telah siap 100%, mereka boleh tinggal bersama cahaya mata.

Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM itu menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Namun apakan daya, November tahun lalu juga, bayi yang dikandungnya gugur dan hanya dapat merasai nikmat sebagai seorang ibu untuk seminggu.

Terjentik sungguh rasa itu



Rata-rata warganet tersentuh mengenai perkongsian itu dengan memberi kata-kata semangat serta tidak lupa mengucapkan ‘happy anniversary’ kepada pelakon utama drama Jalan Sesat Ke Syurga Itu.

Selamat ulang tahun perkahwinan

Ya Allah, kurniakan zuriat buatnya

Semoga Allah melimpahkan rezeki

Elizad berkahwin dengan suami pada 11 Januari 2015. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.


Sumber: Instagram Siti Elizad

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari