Siapa je tak kenal dengan anak kepada selebriti terkenal Che Ta yang sering menjadi tumpuan netizen? Kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh Aaisyah Dhia Rana persis dengan watak Munni daripada filem ‘Bajrangi Bhaijaan’. Terdahulu, si cilik ini pernah mencuri perhatian gara-gara menggelar ibunya sendiri sebagai ‘cerewet’.
Menerusi beberapa video terbaru di IG, gelagat manja Ecah sedang baring sambil leka bermain telefon sekali lagi jadi tumpuan ramai bersama ibunya. Siapa sangka, biarpun sudah menginjak usia 6 tahun namun si cilik ini dilihat masih lagi menghisap botol.
Dia kata mak kita cerewet…mak kita cerewet ni, nak nenen cari riba mak juga
Walaupun pernah dianggap ‘cerewet’, tapi Che Ta sempat menyakat puterinya itu tetap kembali ke pangkuannya setiap kali waktu minum susu. Comel mengenakan baju tidur berwarna kuning, Ecah yang ketika itu berada di riba hanya tersenyum malu mendengar usikan tersebut.
Semalam tengok dah dewasa…’letops’ makeup, hari ni jadi baby balik ye Ecah
Meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini, netizen terhibur melihat keletah comel Ecah. Bukan sekadar mengusiknya, mereka malah berseloroh jangan sampai ‘kantoi’ membawa botol susu ke sekolah kelak.
Sumber:Instagram aaisyahdhiarana111
Comments
Post a Comment