Diperkenan Yang di-Pertuan Agong susulan perkembangan COVID-19 - Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Skip to main content

Diperkenan Yang di-Pertuan Agong susulan perkembangan COVID-19 - Darurat Sehingga 1 Ogos 2021






 KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal.

Al-Sultan Abdullah juga memperkenankan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan

Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Seri Paduka juga menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Berikut adalah kenyataan penuh Istana Negara:

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, semalam (11 Januari, 2020).

Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 45 minit bermula pada jam 5.30 petang semalam, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

Setelah memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki bin Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Haji Affendi bin Buang, maka Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan

Persekutuan.

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Perkenan ini turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.

Ianya juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.

Menurut statistik, lima belas hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait. Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat

ini dapat ditamatkan lebih awal.

Perlu ditegaskan di sini bahawa Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamatan diri rakyat jelata, khususnya pada ketika ini rakyat di beberapa negeri masih mengharungi bencana banjir. Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kegusaran terhadap kesan bencana banjir dan kenaikan mendadak angka jangkitan

COVID-19 di negara ini.

Sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Seri Paduka menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat jitu dan kerjasama rakyat jelata seperti yang telah dipamerkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu, kita mampu sekali lagi membendung penularan wabak COVID-19 dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi COVID-19 di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi penghargaan kepada wira dan wirawati petugas barisan hadapan yang bersabung nyawa dan bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah serta masa dalam memikul tanggungjawab memerangi wabak COVID-19.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bentuk ancaman dan wabak ini dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.


Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Istana Negara

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me