“Dia curang dengan izin Allah.” -Netizen gelar Andika Puteraa ‘penunggang agama’ Skip to main content

“Dia curang dengan izin Allah.” -Netizen gelar Andika Puteraa ‘penunggang agama’

Kes kecurangan seorang artis yang tular sejak minggu lalu dilihat menjadi salah satu ‘lubuk’ beberapa selebriti media sosial mengeluarkan hujah mereka bagi mengulas isu tersebut.

Pandangan yang tak tepat

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jazlie Dawani, dia telah memuat naik satu video ulasan seorang selebriti media sosial iaitu Andika Puteraa yang memberi pandangan terhadap kes kecurangan artis tempoh hari.



Namun begitu, pandangan yang dikeluarkan telah membuatkan netizen geram kerana mengaitkan isu kecurangan dengan takdir yang diizinkan oleh Allah S.W.T.

Menurut Andika, setiap orang yang curang itu adalah atas izin Allah dan artis tersebut datang ke rumah ‘kekasih gelapnya’ juga kerana digerakkan oleh Allah.

Makin merepek

Pastinya perkara itu tidak disetujui oleh netizen kerana melihat ia sebagai satu bentuk mempergunakan agama untuk menghalalkan kesalahan.

Tak semua benda Allah izin & redha

Bahaya betul apa dia cakap ni

Sebab tu pentingnya menuntut ilmu dengan guru

“Better pergi belajar lagi dik”

Selepas dikecam hebat, selebriti media sosial yang terkenal dengan tagline ‘Pergi Mampus Sama Mulut Orang’ ini sekali lagi memuat naik video dengan menjelaskan apa yang diutarakan sebelumnya.



Jelaskan kenyataan yang dikeluarkan

Dia juga turut memberi kenyataan di ruangan Instagram dengan mendalami lebih lagi maksud yang disampaikan menerusi video-video tersebut.



Walau bagaimanapun, netizen tetap merasakan bahawa apa yang dikatakan Andika Puteraa itu lebih banyak merepek dan tidak memandai-mandai.

Terdahulu, Andika Puteraa kerap kali dikecam berikutan mengeluarkan pendapat yang agak tidak masuk akal menurut netizen apabila mengulas beberapa isu viral. Dia juga telah menggunakan tagline ‘Pergi Mampus Mulut Orang’ tiap kali dihentam di media sosial oleh warganet.

Sumber: Jazlie Dawani, Andika Puteraa

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari