Ebit Lew terharu Agong belanja makan, hasrat gambar bersama dimakbulkan Skip to main content

Ebit Lew terharu Agong belanja makan, hasrat gambar bersama dimakbulkan

Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew cukup dikenali dengan sifat dermawan dan kerendahan hatinya.

Saban hari, apabila tular di media sosial berkenaan musibah atau kesusahan yang menimpa rakyat tanpa dipanggil, sudah tentu dia akan menjadi individu pertama tampil menyampaikan bantuan

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membelanja Ebit dan ‘team’ menikmati juadah ikan patin Temerloh sewaktu menjalankan misi bantuan bencana banjir di Pahang.

Beliau berkongsi pertemuan bersama Seri Paduka menerusi sebuah posting di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya.



“Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin Temerloh. Ya Allah. Malu sangat sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan.

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit sempat juga merakam kemesraan antara Seri Paduka dan Permaisuri Agong dimana baginda disuapkan makan oleh Tuanku Permaisuri sambil bergurau mesra sewaktu makan bersama.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.

“Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami,” jelasnya lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya termakbul doa beliau ingin bergambar bersama Agong. Semoga mereka semua diberkati Allah SWT kerana sanggup berkorban masa mengerahkan tenaga bagi membantu mangsa banjir.


Sumber: Facebook Ebit Lew , Instagram Ebit Lew , Facebook Istana Negara

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M