Mungkin ada antara kita yang masih belum tahu atau tak ambil tahu tentang kegunaan 'flip' ini yang terdapat pada cermin dalam kereta anda. Semua jenis kereta mempunyai 'mirror flip' ini.
Ianya amat perlu jika anda memandu pada waktu malam. Jika kenderaan dibelakang anda menggunakan lampu tinggi (mungkin dia tak sedar) atau kenderaan besar yang kedudukan lampu utamanya agak tinggi hingga mengganggu penglihatan anda & menyebabkan silau, tolak saja flip ini ke belakang.
Dalam masa yang sama, anda masih dapat melihat kenderaan belakang menerusi pantulan cermin dibelakang anda dengan agak gelap tapi jelas. Ingat, flip ini bukan tempat menggantung pewangi botol atau pas kerja.
Sila cuba dulu sebelum anda memandu, pasti anda akan tahu tujuan flip tersebut dipasang pada cermin dalam tu.
Sumber dari Facebook Tuan Zanar
Comments
Post a Comment