Gambar - Cekyana habiskan RM140k, sumbang 4,000 KFC buat pesakit & staff barisan hadapan Skip to main content

Gambar - Cekyana habiskan RM140k, sumbang 4,000 KFC buat pesakit & staff barisan hadapan

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan video seorang kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) kehilangan bapanya disebabkan Covid-19.

Suasana pilu yang menyelubungi video itu membuatkan banyak pihak terpanggil untuk menyantuninya dan menghulurkan sumbangan buat penghuni pusat kuarantin tersebut.

Beri sumbangan makanan kepada pesakit & frontliner

Salah seorangnya ialah usahawan berjaya yang sangat sinonim dengan produk Rempah Oden Viral Cekyana. Pengusaha produk tersebut yang dikenali sebagai Cekyana telah terpanggil untuk memberikan sumbangan makanan buat pesakit yang sedang dikuarantin dan juga staff barisan hadapan di MAEPS dan juga Pusat Rawatan Kusta Hospital Sungai Buloh.


Alhamdulilah untuk Frontliner dan pesakit covid-19 ❤️🤲🏻 .. MashaaAllah .. Terima kasih Ya Allah berikan kami rezeki dan...

Posted by Cek Yana on Wednesday, January 20, 2021


Beli ribuan kotak KFC

Di laman Facebook Cekyana, dia dan teamnya telah pergi ke restoran makanan segera KFC dan membeli  4,000 kotak set makanan untuk diagihkan kepada penghuni dua lokasi pusat kuarantin yang dinyatakan sebelum ini.


Alhamdulillah dah selesai hadiahkan 650 kotak KFC kepada staff & pesakit positif COVID-19 di penempatan Pusat Kawalan...

Posted by Cek Yana on Sunday, January 17, 2021


Sama2 kongsi rezeki

Dalam perkongsian tersebut, Cekyana berharap pemberiannya yang tidak seberapa itu dapat menghadirkan senyuman buat penghuni kedua-dua pusat kuarantin Covid-19 terbabit.

Dia juga sempat berkongsi gambar-gambar senyuman di wajah penghuni Pusat kuarantin MAEPS dan Hospital Sungai Buloh apabila menerima makanan KFC daripadanya.


Wajah2 gembira di MAEPS



Semua dapat makan KFC di Hospital Sungai Buloh



Kongsi perjalanan memberi sumbangan di YouTube

Cekyana juga telah membuat video perjalanannya membeli dan menghantar sendiri makanan KFC ke dua lokasi pusat kuarantin ini dan dimuat naik ke saluran YouTube Masak Masak Cekyana sebagai salah satu bentuk kerja amal yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua pihak.



Insan2 berhati mulia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosialnya telah memuji tindakan murni yang dilakukan oleh usahawan itu.

Mereka juga berasa gembira melihat Cekyana sama-sama berkongsi rezeki buat para frontliners dan pesakit Covid-19 yang sedang berjuang melawan virus maut ketika ini.

Founder yang kaya & pemurah

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M