Selalunya orang perempuan lebih mudah geli akan cicak, tikus ataupun lipas. Bila nampak serangga dan haiwan kecil ini tentunya masing-masing akan menjerit dan melompat ketakutan.
Malah, ada juga yang menangis teresak-esak gara-gara takut dan geli haiwan tersebut.
Namun, lain pula dengan pasangan ini apabila suaminya takut akan haiwan kecil tersebut hingga lari lintang pukang apabila melihatnya.
Sengaja ambil lipas
Berdasarkan video yang dimuat naik di aplikasi tiktok oleh syafiqah elmyra, dia terjumpa akan lipas yang sudah mati di garaj rumahnya.
Tahu akan suaminya yang takut lipas, dia kemudian mengambil lipas tersebut dan sengaja tunjukkan pada suaminya.
Terkejut melihat isterinya memegang serangga tersebut, suaminya segera cuba berlari dan menjauhi isterinya.
@syafiqahelmyra laki iolls mmg sado😢❤️ tapi dia takut lipas... HAHAHA! #fyp #foryourpage #couple #funny #throwback
♬ original sound - Syafiqah Elmyra
Merayu tak nak lipas
Sambil berseloroh Syafiqah sempat memanggil suaminya mendekatinya. Malah, suaminya juga sempat merayu agar tidak mencampakkan lipas tersebut kepadanya.
Dengan sengaja, Syafiqah mencampak lipas mati itu ke arah suaminya hingga membuatkan lelaki berkenaan berlari ke belakang rumah.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan ini terutamanya gelak 'jahat' Syafiqah semasa menyakat suaminya.
Sumber: Redaksi
Comments
Post a Comment