Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub menggambarkan Umno melalui jalan mati dan mendakwa parti itu seperti terikat dengan permainan pihak tertentu.
Menyorot semula kejatuhan Umno pada pilihan raya umum ke-14 ketika dijatuhkan Pakatan Harapan (PH) – sebelum ini terdiri daripada Bersatu, PKR dan DAP – dia menyarankan Umno menetapkan hala tujunya.
“Mengapa harus kita mengikat diri kita yang akan membunuh diri sendiri atau kita akan dibunuh?
“Adakah dengan keadaan sekarang Umno akan jadi lebih kuat?
“Jawabnya kita mesti buat pilihan jalan mana mesti dilalui demi meletakkan Umno kembali di atas walaupun terpaksa mengambil sedikit masa kerana jalan yang kita lalui sekarang adalah jalan mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 4 Januari, Ahmad Jazlan yang juga ahli parlimen Machang menggesa Perikatan Nasional (PN) membubarkan parlimen pada bulan ini atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan.
Sehari selepas itu, dia meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ia dilihat sebagai langkah drastik memandangkan Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada PN.
Pada masa sama, Ahmad Jazlan mengingatkan bahawa Umno tidak mampu untuk bersendirian tanpa mana-mana gabungan.
Comments
Post a Comment