Ke Sabah edar bantuan, Ebit Lew pasang internet mudahkan murid2 belajar Skip to main content

Ke Sabah edar bantuan, Ebit Lew pasang internet mudahkan murid2 belajar

Misi kemanusiaan yang sedang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew nampaknya sudah bermula sejak hari pertama beliau sampai ke Sabah.

Dalam misi tersebut, beliau akan mengedarkan 200 tablet untuk kegunaan belajar, 100 kerusi roda, 1,000 set makanan dan 75 ribu penutup mulut kepada yang memerlukan.

Terus beri sumbangan

Sejak semalam, perkongsian beliau dalam memberikan tablet kepada murid sekolah untuk belajar telah menarik perhatian ramai. Paling berkesan sudah tentu pemasangan internet di kawasan yang sukar mendapat capaian internet.


Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10...

Posted by Ebit Lew on Friday, January 29, 2021

Pasang internet mudahkan anak2 belajar

Sesampainya di Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu, Ebit Lew telah pergi ke sebuah kedai dan memasang internet di sana bagi memudahkan murid-murid belajar dan tidak perlu ke pantai atau pun atas titi untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Atas bantuan guru-guru sekolah juga, seramai 10 murid yang layak telah mendapat tab belajar dan masing-masing kelihatan gembira dengan pemberian itu.

Teruskan kongsi cerita ustaz

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendakwah muda berkenaan kerana begitu prihatin dengan nasib masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Mereka juga mendoakan agar Ebit Lew terus dimurahkan rezeki dan dapat membantu lebih ramai yang insan dalam kesusahan.

Terima kasih kerana menbantu kami

Tamparan buat ahli politik

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru