![]() |
Pasangan suami isteri saintis imuniti manusia, Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Turci merupakan pengasas vaksin Covid19 buatan Pfizer-BioNTech. |
Rezeki tak pernah salah alamat.
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia, mendahului vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh China dan Rusia.
Syarikat yang berpengkalan di Mainz, Jerman itu diasaskan oleh Dr. Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr. Ozlem Turci, 53, pasangan suami isteri berbangsa Turki dan beragama Islam.
Kedua mereka datang daripada keluarga Turki yang telah berpindah ke Jerman untuk memulakan kehidupan baru.
Ibubapa Dr. Sahin telah berpindah ke Cologne, Jerman ketika Dr. Sahin berusia 4 tahun. Beliau membesar dengan cita-cita menjadi doktor dan telah mendapat ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti kepada pesakit barah.
![]() |
Dr. Ugur Sahin, 55, adalah Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech. |
![]() |
Dr. Ozlem Turci, 53, adalah Ketua Pegawai Perubatan di BioNTech. |
Isterinya, Dr. Turci pada usia muda ingin mendalami agama tetapi akhirnya menjadi doktor, mengikuti jejak kerjaya ayahnya.
Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit. Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.
Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan.
Kebetulan, pada tahun 2018, Dr. Sahin telah membuat kenyataan yang kajian mereka akan mampu menghasilkan vaksin untuk manusia sihat dalam masa yang singkat.
Pada Januari 2020, Dr. Sahin mula mendapat khabar berita berkenaan virus Covid19 dan telah memulakan kajian terperinci. Seawal bulan Mac, syarikat mereka telah berjaya memulakan ujian makmal dan juga ujian fizikal.
Hasil ujian telah membuktikan lebih 93% keberkesanan vaksin ke atas virus Covid19 dan sekaligus mendapat permintaan seluruh dunia.
“Ia mungkin menjadi permulaan kepada pengakhiran era Covid19.” kata Dr Sahin dalam temuramah baru-baru ini.
Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid19 muncul lagi.
![]() |
Pasangan itu terkenal dengan minat mendalam dalam bidang mereka dan telah berada dalam kedudukan baik untuk menghasilkan vaksin Covid19. |
Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu.
Malaysia dijadualkan memulakan agihan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia seawal bulan Mac 2021.
Malaysia turut menempah vaksin daripada beberapa negara lain termasuk China dan Rusia.
Comments
Post a Comment