‘Kencing, Berak Semua Atas Katil’ – Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Cerita Pengalaman Skip to main content

‘Kencing, Berak Semua Atas Katil’ – Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Cerita Pengalaman

Tidak dinafikan, jumlah peningkatan kes positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan ianya membuatkan ramai bimbang dijangkiti virus tersebut. Seorang pengguna Facebook iaitu Zicko Syah berkongsikan pengalamannya sendiri ketika ‘diserang’ virus Covid-19 ini sehingga membuatkan dia tidak terdaya dan lemah.

Difahamkan, dia berada di stage 5 sehingga memerlukan alat bantuan penafasan dan pernah tidak sedarkan diri.

Sembuh dari Covid stage 5

Melawan Covid-19 stage 5 selama 30 hari. Syukur, Alhamdulillah aku sihat juga selama beberapa hari melawan virus Covid-19. Ini antara serba sedikit pengalaman aku kena virus Covid-19. Moga-moga ada yang baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti kita ambil iktibar semoga kita dijauhkan dari dijangkiti virus ini, sebab ramai menganggap kalau terkena ni kena kuarantin dua minggu bagi panadol dan boleh balik ternyata tidak. Covid ada peringkat dia. Ini serba sedikit tahap jangkitan Covid-19.

Terdapat lima peringkat klinikal Covid-19. Tahap 1 tanpa gejala, tahap 2 simptomatik dan tiada radang paru-paru, tahap 3 simptomatik dan radang paru-paru. Manakala tahap 4, simptomatik, radang paru-paru dan oksigen diperlukan. Tahap 5 adalah sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.

Aku adalah seorang yang paling jaga SOP, sampaikan kedai dan COD pun aku tak buka sebab risau kena jangkit. Ramai yang mesej macam mana boleh kena, sebenarnya kalau mahu jawab soalan tu memang susah sebab kita tak nampak virus ni. Kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi tak sahih. Usah buat andaian berteka-teki dengan pesakit berikan kata-kata semangat sudah memadai.

Aku disahkan positif

Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off makan panadol sihat pastu sakit balik . Lima hari juga aku tahan sakit di rumah. Lepas tu ada kekuatan sikit baru la pergi hospital, lepas check doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. Sedih juga tapi tawakal ja mahu sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yang teruk seperti deman, sakit kepala, hilang deria bau, sesak nafas dan batuk.

Lepas check, aku terus kena bawa di pusat kuarantin Kota Belud, malam pertama aku bergelut sendiri demam yang teruk sakit kepala, suhu 38.8. Sampai la malam kedua di pusat kuarantin Kota Belud dan untuk rawatan check tekanan darah dan sebagainya. Pukul 3 pagi, doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE. Tepat pukul 4 pagi, aku sudah start muntah-muntah pakaian habis basah.

Pakai alat bantuan penafasan

Pukul 5 pagi ambulance hantar dari Kota Belud ke HQE dalam perjalanan memang aku tak sedar time tu aku pakai bantuan alat pernafasan, sampai je naik kerusi roda pergi emergency HQE. Bila tengok kiri kanan semua pakai PPE.

Time di emergency aku kena check jantung, paru-paru dan memang Covid sudah serang paru-paru badan penuh dengan wayar time tu. Lepas 8 jam di emergency, aku terus dibawa masuk wad biasa untuk hari pertama di HQE. Malam pertama di wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. Hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad ke tingkat 3 di HDW (unit rawatan rapi) sebelah dengan ICU. Selama berapa hari di HDW kencing dan berak semua di atas katil.

Dipindahkan ke was biasa

Alhamdulillah lepas berapa hari di HDQ, oksigen makin pulih dan paru-paru mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindahkan ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan. Setelah 4 hari di wad biasa perkara yang paling happy adalah aku tak perlu sudah guna bantuan alat pernafasan. Syukur Alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barulah merasa masuk toilet.

Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah teruja mandi setelah 13 hari tak mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi. Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin okay cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari-hari kena insulline.

Keadaan aku semakin hari semakin okay di wad biasa. Alhamdulillah… tapi tangan pula bengkak bekas jaram (bengkak yang amat sakit) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic.


Sumber: Zicko Syah, oh bulan


Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M