Hampir sebulan bergelar suami isterinya, pasangan selebriti popular iaitu pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.
Baru-baru ini, sekali lagi kisah mengenai pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila Ayda dilihat ada memuat naik video mesranya bersama suami di Insta Story memaparkan Nabil tidak berhenti mencium isterinya.
Malah, Ayda turut mendedahkan suaminya bukan sahaja suka bermanja tetapi turut suka menghidu ketiaknya. Ayda turut menulis kapsyen dimana dia sangkakan isteri sahaja yang suka bau ketiak suami tetapi dalam kisahnya lain pula yang berlaku.
Bagaimanapun, perkongsian Ayda itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan video yang dikongsikan agak keterlaluan lebih-lebih lagi buat budak sekolah. Kata netizen lagi, meskipun baru berkahwin tidak perlu kongsikan video mesra mereka untuk tatapan umum.

sumber: rotikaya
Comments
Post a Comment