Mesyuarat cawangan-cawangan UMNO yang diadakan baru-baru ini memberikan isyarat negatif kepada kerajaan PN yang terdiri dari UMNO, PPBM dan PAS. Mana tak nya UMNO berkeras tak mau bagi laluan pada parti lain terutamanya PPBM dalam PRU nanti. Kononnya diorang bagi alasan nak segerakan PRU untuk kembalikan mandat rakyat.
Malangnya, desakan-desakan itu menunjukkan bahawa UMNO seperti mahu menekan kerajaan. Hakikatnya perbezaan pendapat dan persaingan antara parti dalam kerajaan memerintah hanya akan buat rakyat bimbang. Pada masa yang sama, negara masih lagi belum pulih dari kesan wabak Covid-19. Oleh itu, adalah wajar kebajikan rakyat diutamakan berbanding politik.
Perlu ingat satu perkara penting musuh utama UMNO, PPBM dan PAS bukanlah Pakatan Harapan dan DAP tapi diri sendiri. Perbalahan sesama sendiri hanya akan membawa kepada perpecahan dan kemusnahan gabungan parti itu. Contoh baik, tengok macam mana sifat tamak Anwar telah bawa kepada kejatuhan kerajaan PH. Hakikatnya penyatuan antara parti Melayu perlu diteruskan demi kestabilan politik negara. Mungkin ada yang kata rasis tapi sebenarnya bukan macam tu. Kalau mereka tidak bersatu, mudah untuk anasir jahat terutamanya dari luar menghasut mereka. Jadi perpaduan parti Melayu perlu dijaga agar kestabilan negara terjamin.
Perubahan pada PRU-14 telah membuat isyarat bahawa politik di dalam negara sudah berubah. Mungkin dulu UMNO boleh menjadi parti dominan tetapi terbukti bahawa rakyat tidak lagi terikat kesetiaan pada parti semata-mata. Seperti yang kita lihat dalam 2020, rakyat amat mementingkan prestasi kerajaan memerintah dan bukannya parti-parti.
Jujurnya suka atau tidak, UMNO, PAS dan PPBM adalah parti-parti yang mewakili orang Melayu. Oleh itu tanggungjawab dan amanah ketiga-tiga parti adalah untuk bersatu-padu demi kebaikan bukan sahaja orang Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia. Ketiga-tiga parti perlu mengetepikan agenda yang membawa perpecahan sebaliknya perlu duduk semeja bagi memperkukuhkan penyatuan yang dibentuk.
Hanya dengan semua pemimpin politik UMNO, PPBM dan PAS berhenti bermain politik barulah agenda kebajikan rakyat dapat dijaga. Oleh itu mereka perlu mengelakkan diri mereka daripada mengguris hati sesama sendiri. Barulah masa depan negara lebih terjamin dan terbela di bawah PN dengan penyatuan sedia ada yang lebih harmoni.
sumber: buku tulis
Comments
Post a Comment