Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew telah menjadi carian utama susuan tindakkannya membeli 100 unit tablet buat para pelajar yang susah untuk mengikuti pembelajaran secara online.
Menurut muat naik yang dilakukan, pendakwah muda tersebut meminta orang ramai yang betul-betul mengalami kesulitan menghubungi talian yang disertakan dalam posting tersebut untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.
Pohon doakan yer. Baru beli biji 100 Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan- ebitlew
Posted by Ebit Lew on Thursday, January 21, 2021
Terima ribuan mesej bantuan
Susulan daripada itu, beliau telah menerima ribuan mesej menceritakan kesusahan yang mereka alami lebih-lebih lagi berkenaan pembelajaran anak-anak.
Beliau turut berasa sebak apabila menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda, van jenazah dan juga tablet dari pelbagai bangsa, negeri dan juga mereka yang kehilangan pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).
Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang...
Posted by Ebit Lew on Thursday, January 21, 2021
Minta maaf tak dapat bantu semua
Ebit Lew mengakui sebak mengenangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka dan benar-benar berasa ralat kerana tidak dapat membantu semua orang yang ditimpa musibah. Dalam perkongsiannya sebentar tadi, pendakwah selebriti itu dengan tulus hati memohon maaf dan berharap dosanya diampunkan.
Beliau juga berdoa agar mereka yang benar-benar berada dalam kesusuhan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.
Ustaz dah lakukan yang termampu
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Ustaz Ebit Lew dengan mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan pendakwah itu dalam membantu insan-insan serba kekurangan dengan cepat amatlah dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih ustaz terus membantu kami
Semoga urusan ustaz terus dipermudahkan
Sumber: Ebit Lew
Comments
Post a Comment