Membaca Langkah Sumbang Kumpulan UMNO Kleptokrat Machiavelli
Suhu politik negara semakin meningkat panas tatkala jangkitan pandemik Covid 19 masih tidak menunjukkan penurunan. Sesuatu yang tidak menyenangkan rakyat dalam kajian-kajian ringkas dibuat pelbagai pihak. Persoalannya, apa pula langkah permainan seterusnya yang bakal ditunjukkan kumpulan UMNO Kleptokrat Machiavelli melalui bidak catur utama iaitu DS Zahid Hamidi?
Sebenarnya tidak sukar untuk membaca apa langkah seterusnya. Arahan DS Zahid Hamidi semalam agar semua MP BN menarik sokongan kepada kerajaan sebelum Februari 2021 hanya mengesahkan intipati startegi kumpulan ini seperti yang terdedah dalam rakaman taklimat khas Bahagian UMNO Kuala Krai adalah sesuatu yang real. Video penuh boleh ditonton di sini.
https://www.facebook.com/de.tikitaka.9/posts/114694497173585?notif_id=1609912497561092¬if_t=feedback_reaction_generic&ref=notif
UMNO Kleptokrat Machiavelli memang nekad ingin menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional yang didominasi Islam melayu. Sebab-sebabnya telah dinyatakan DS Zahid Hamidi yang akan saya ulas dalam posting yang lain.
Sekiranya kerajaan PN tidak membubarkan parlimen dan seakan mustahil parlimen dibubar melihat kepada angka jangkitan Covid 19 maka kerajaan akan ditumbangkan dengan penarikan sokongan MP BN yang mengikut arahan kumpulan ini. Pilihan yang ada kepada sultan adalah membubarkan parlimen (agak sukar), membentuk kerajaan baru atau mengisytiharkan darurat keselamatan seperti yang pernah dicadang sebelum ini.
Pilihan bubar parlimen sangat mustahil. Darurat pula hanya option terakhir jika tidak ada mana-mana pihak mempunyai sokongan majoriti. Maka UMNO telah menyusun pada hemat saya 2 option yang menguntungkan mereka. Option pertama mendirikan semula kerajaan Perikatan Nasional dengan UMNO menjadi Perdana Menteri seperti pilot projek mereka di Perak yang ternyata berjaya. Option kedua adalah membentuk jajaran baru dengan PKR dan DAP yang telahpun wujud rundingan rahsia. Ini didedahkan dalam video yang tersebar.
Inilah gamble plan UMNO Kleptokrat Machiavelli. Mereka tahu PAS akan berpegang kepada prinsip untuk tidak membiarkan DAP kembali berkuasa. Maka DAP berkuasa akan kembali menjadi umpan darurat lebih besar untuk PAS dan PPBM selepas itu diajak kembali membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan UMNO sebagai Perdana Menteri.
Jika ia tidak berlaku maka UMNO Kleptokrat Machiavelli ini telahpun bersedia dengan pilihan kedua yang pada hakikatnya mereka sendiri tidak mahu. Iaitu membentuk jajaran baru dengan PKR dan DAP. Kerja-kerja normalisasi jajaran baru ini telahpun digerakkan sekian lama termasuklah menyatakan jajaran baru bersama DAP hanya berbentuk sokongan dengan DAP tidak akan berada dalam kabinet kerajaan. Sebenarnya perkara ini telahpun didedahkan secara tidak langsung oleh TS Annuar Musa dalam rancangan CEPUMAS FB Live Penerangan UMNO Malaysia 2 bulan yang lalu.
Kesimpulannya ini adalah langkah jahat memperjudikan nasib survival rakyat dan kuasa politik melayu Islam oleh kumpulan UMNO Kleptokrat Machiavelli yang diketuai oleh DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.
Oleh: De TikiTaka
Comments
Post a Comment