“Mula2 Tu Memang Susah” Kahwin LeIaki Nigeria, Wanita Ini Kongsi PengaIamannya. Skip to main content

“Mula2 Tu Memang Susah” Kahwin LeIaki Nigeria, Wanita Ini Kongsi PengaIamannya.

BERKAHWIN pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran.

Ini memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang yang berbeza.

Pastinya aspek seperti budaya, adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini.

Perkahwinan mereka mencuri perhatian ramai gara-gara video TikTok ‘cabaran’ berbahasa Melayu menjadi tular sejak dua hari lalu.

Gelagat Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan.

Serta ayat dalam bahasa Melayu begitu mengkagumkan netizen apabila kedua-duanya ‘lulus’ cabaran berkenaan.

Malah netizen juga memuji kedua-dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan.

Sejak dimuat naik pada Isnin, video berkenaan setakat ini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Klip video suami dan anak sulung Noor Habibah yang bertutur dalam bahasa Melayu mendapat perhatian netizen.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Noor Habibah berkata video berkenaan dikongsikan di aplikasi berkenaan.

Ini selepas mendapat satu pertanyaan daripada netizen yang bertanyakan sama ada dia mendapat halangan daripada keluarga.

Ini apabila memilih untuk berkahwin dengan lelaki asing.

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang.

Jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka viral dan ini kali pertama video jadi begitu hit,”

Ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.

Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian.

Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa.







Noor Habibah dan suaminya sepakat untuk menghantar tiga anak mereka ke sekolah kebangsaan untuk lebih mendalami bahasa Melayu.

“Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa.

Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan.

Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.

“Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa?

Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.

“Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya.

Saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya.

Kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa?

Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu.

Malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.

“Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria.

Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan.

Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.

“Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka.

Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada netizen mengenai video yang viral baru-baru ni.

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya.

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.

“Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya.

Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.

“Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia.

Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi.

sumber: theklasik

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me