Nur Sajat Akhirnya Mengaku Telah Ditahan JAIS, Luah Dirinya Tak Layak Memeluk Islam Skip to main content

Nur Sajat Akhirnya Mengaku Telah Ditahan JAIS, Luah Dirinya Tak Layak Memeluk Islam



Usahawan kosmetik Nur Sajat akhirnya mengakui yang dia telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 10 Enakmen Janayah Syariah Selangor.

Dia dikatakan telah ditahan reman di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru untuk disoal siasat.

Video dia dipanggil untuk sesi soal siasat dan penahanannya di pejabat JAIS juga turut dirakam dan disiarkan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video yang dirakam secara sembunyi itu, Sajat ditahan berhubung dengan laporan pada 23 Februari 2018 berkaitan majlis doa selamat bersama pelajar tahfiz di Seksyen 16, Shah Alam Selangor.

“Laporan pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan Yassin bersama budak-budak tahfiz di wisma saya Seksyen 16 Shah Alam.

“Saya pendekkan cerita, saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru,” katanya.

Sajat menerusi video itu juga ada mempersoalkan kenapa dia ditahan kerana menganjurkan majlis doa selamat.

Namun, seorang lelaki dipercayai pegawai JAIS yang dirakam dalam video tersebut memberitahu Sajat tidak ditahan kerana majlis tersebut.

Sebaliknya, terdapat elemen pemakaian di dalam majlis itu yang disyaki salah dan membawa kepada penahanannya.

Menerusi video berdurasi lebih 30 minit yang dimuat naik Sajat, dia turut menyelitkan gambar ketika majlis doa selamat itu diadakan.

Di dalam gambar itu, secara jelas, Sajat mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung.

Sajat ketika hadir di pejabat JAIS juga didapati memakai baju kurung tanpa tudung dengan ditemani ibu, bapa serta peguamnya.

Dia turut meraung dan menangis serta menunjukkan tangannya yang luka selepas didakwa digari secara paksa oleh pegawai JAIS.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan tindakan JAIS terhadap Sajat apatah lagi isu jantinanya sering menjadi persoalan sebelum ini.

Namun, terdapat juga beberapa individu yang cuba mempertahankan Sajat dan menganggap tindakan yang diambil itu keterlaluan antaranya ialah peguam, Siti Kasim.

Untuk rekod, Sajat sebelum ini menafikan dirinya ditahan oleh Jais di bawah seksyen tersebut.

Malah, sebelum memuat naik video tersebut, Sajat telah menutup seketika akaun media sosialnya selepas terlalu ramai yang bertanya berkenaan perkara itu.


Dalam pada itu, menerusi ruangan Insta Story miliknya, dia meluahkan bahawa dirinya tidak layak memeluk agama Islam.

“Orang mcm aku ni tak layak memeluk Islam… sebab orang macam aku ini digari dan dihukum teruk dalam agama ku. Walaupun oku membuat amal sedekah dan wakaf… ujian ku sungguh kuat… dan mereka nak aku jauhkan diri dari agama aku sayangi.

“Bila terjadi macam ini, aku rasa aku makin jauh untuk mendekatbkan diri dengan Allah… ujian berat and tindakan tak waar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita,” luahnya. – KopiPlanet.com

sumber: kopi planet

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari