Orang ramai yang terkandas masih dibenarkan untuk pulang Skip to main content

Orang ramai yang terkandas masih dibenarkan untuk pulang


Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memahami terdapat ramai ahli keluarga terkandas di luar kawasan yang mungkin berada di negeri lain sama ada bercuti, melawat atau berkunjung ke rumah saudara-mara dan mereka berkemungkinan terperangkap esok.

“Arahan telah dikeluarkan di peringkat bawahan (anggota polis) supaya menggunakan budi bicara setinggi-tingginya untuk membenarkan mereka yang terperangkap pulang ke rumah masing-masing.

“Saya sudah berikan peringatan dan nasihat supaya orang awam diberikan laluan termasuk juga dengan kenderaan awam mungkin sehingga Jumaat ini,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Abdul Hamid berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaabob yang turut membangkitkan isu ini serta menyarankan agar PDRM memberikan laluan kepada mereka yang terperangkap untuk pulang ke rumah masing-masing.

Selain itu, beliau berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan kompaun RM1,000 akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan ke atas orang awam diminta merujuk perkara itu kepada pihak Bukit Aman yang bertugas 24 jam.

“… ketidakpuasan hati kerana dikompaun boleh dirujuk balik kepada pihak polis untuk disalurkan apa yang tidak puas hati supaya polis dapat ambil tindakan selanjutnya untuk mencari kebenaran.

“Dalam hal kompaun ini, PDRM ada menerima syor-syor atau ‘proposal’ untuk menaikkan nilai kompaun sedia ada (RM1,000) tetapi saya serahkan perkara itu kepada kerajaan untuk menentukannya dalam mengetatkan SOP,” katanya.

Abdul Hamid berkata ini kerana terdapat pihak yang berulang kali melanggar SOP seperti premis hiburan yang dikenakan tindakan itu seolah-olah kompaun terbabit begitu murah.

“Contohnya, ada (pemilik) premis hiburan yang membayar kompaun RM1,000 dengan muka senyum sahaja sedangkan keuntungan yang dia kaut begitu banyak sekali sehingga puluhan ribu ringgit, jadi apalah sangat dengan RM1,000 pada dia.

“Maka apabila denda kompaun ini dinaikkan, berkemungkinan ia akan menjadi penghalang kepada mereka untuk berbuat demikian,” katanya.

Mengulas mengenai pengamal media yang perlu merentas negeri ketika PKP kerana tugasan, beliau berkata mereka hanya perlu mendapatkan surat pelepasan majikan dan menunjukkan kad media kepada polis yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Sekiranya petugas media ada kad media dan surat pelepasan majikan adalah lagi baik untuk ditunjukkan kepada anggota polis yang bertugas di SJR bagi membolehkan mereka membuat keputusan dengan cepat dan memberikan laluan kepada petugas media, ” katanya.

Penguatkuasaan semula PKP yang melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Jan ini telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Sumber: MalaysiaKini

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me