Nampaknya kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34 seakan kembali bergelora.
Sejak pagi tadi isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa telah memuat naik beberapa luahan hati berkenaan suaminya yang didakwa mempunyai hubungan lain dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Farah.
Isteri dedah skandal Shuk
Menerusi Instagram Seraa, dia telah mendedahkan hubungan terlarang suaminya dan Farah dengar menyertakan beberapa video menunjukkan Shuk berada di kediaman wanita itu serta tangkapan perbualan WhatsApp yang dihantar wanita tersebut kepada Seraa.
Cari suami tak balik2
Dalam salah satu muat naik tersebut, Seraa menyatakan dia telah pergi ke kediaman wanita tersebut untuk bertemu dengan Shuk namun dibiarkan dihadapan rumah tanpa diendahkan langsung.
Seraa juga akui yang dia berasa amat sedih memandangkan Shuk adalah suaminya dan diperlakukan sebegitu seperti tiada harga diri.
Shuk tak mahu keluar rumah
Terima mesej makian daripada ‘wanita itu’
Selain daripada itu, wanita kelahiran Sabah tersebut juga memaklumkan ‘kekasih gelap’ suaminya juga kerap menghantar pesanan WhatsApp memaku hamun dirinya dan memberitahu Shuk ada di rumahnya pada awal pagi.
Orang lain pun menangis tengok Seraa
Pada perkongsian terakhir, Seraa menyatakan dia tidak ada niat mahu membuka aib suami, namun tindakan mereka berdua benar-benar meninginjak maruahnya sebagai isteri.
Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakannya kerana sudi menemani dirinya ketika datang ke kediaman ‘wanita perampas’ itu bagi meminta suaminya pulang.
Instagram Shuk di banjiri komen kecaman
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pelawak tersebut berkenaan hal rumah tangganya ini. Walau bagaimanapun, Instagram Shuk sudah mulai dihujani kecaman daripada netizen kerana tidak menerima tindakannya yang berlaku curang terhadap isteri.
Semoga Seraa sabar
Menerusi Istagram Seraa pula, rata-rata netizen telah tampil memberi kata-kata semangat kepada wanita tersebut dan berharap agar masalah yang berlaku dapat diselesaikan.
Mereka juga meluahkan rasa geram diatas tindakan suaminya yang dipercayai bermain kayu tiga dengan wanita tersebut.
Pertahankan hak akak!
Patut call JAIS je kak!
Pada tahun lalu, Shuk Sahar pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas didedahkan oleh warganet. Walau bagaimanapun, penyampai radio itu tidak memberikan sebarang komen dan mengakui masih bahagia bersama isteri dan anak-anak.
Sumber: Rossa.seraa
Comments
Post a Comment