Seringkali kita mendengar bahawa suami tiada hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit milik suami. Hakikatnya mesej tersirat ayat tersebut bukan meliputi soal wang ringgit atau kad bank sahaja, sebaliknya para suami dianjurkan agar sentiasa berkongsi rezeki dan menggembirakan hati isteri masing-masing
Pelik kenapa tiba-tiba nak bermanja dari jauh…rupanya dah rembat kad ATM suami nak keluarkan duit
Menerusi aplikasi TikTok miliknya, saudara Zamir Asyraf berkongsi sebuah rakaman mengenai gelagat isterinya ketika di sebuah premis bank baru-baru ini. Dia mengakui sedikit hairan apabila wanita berbaju merah tersebut tiba-tiba seakan ajaknya ‘bermanja’, walhal ketika itu sedang tunggu di dalam kereta. Ketika sporting layankan saja ragam tersebut, akhirnya barulah lelaki ini perasan yang si isteri ceria sambil menayangkan kad ATM bank miliknya. Apa yang lebih lucu lagi, Zamir sendiri tak sedar bila kad itu diambil.
@zamirasyrafff Hati2 kad bank suami. Isteri lagi cekap #fyp #foryoupage
♬ Terpesona sama kamu - iam.moon:)
Bukan terpesona ini namanya terciduk kau bang…tak apalah duit suami kan duit isteri juga
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ragam mencuit hati suami isteri berkenaan. Walaupun Zamir ‘terciduk’ dengan kelincahan bidadari syurganya itu, mereka siap berseloroh bahawa duit suami merupakan duit isterinya juga. Secara keseluruhan, video itu telah meraih lebih 250 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: TikTok zamirasyrafff
Comments
Post a Comment