Ayda Jebat Sah Jadi Isteri Nabil Mahar!
Siapa sangka, Princess Pop Malaysia yang cukup sinonim dengan perwatakan happy-go-lucky ini akhirnya telah sah bergelar isteri orang! Pada 1 Januari 2021 lalu, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, iaitu Nabil Mahir yang juga merupakan hos popular. Terdahulu, pada 28 April 2020, pasangan tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila mereka mengikat tali pertunangan secara “online” susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada ketika itu.
Fattzura Dedah Wajah Anak!
Saat yang dinanti-nantikan ramai telah pun tiba! Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin tampil mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka, iaitu Nur Fatima Aisya menerusi entri Instagram mereka sempena tahun baru 2021. Dalam foto keluarga tersebut, ketiga-tiga Fattah, Fazura dan Fatima dilihat memakai busana yang berwarna “off-white” ditambah lagi, pasangan ibu bapa baru itu kelihatan cukup bahagia sekali di samping puteri kecil mereka!
Intan Ladyana Beralih Arah
Pelakon Intan Ladyana yang juga merupakan kekasih kepada Harris Alif mengambil langkah baru dalam karier seninya apabila dia bertindak sebagai pengarah dan penerbit sebuah filem baru berjudul Banglo Seksyen 12. Langkah tersebut diambil setelah 18 tahun dia berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon bawah naungan MIG Entertainment. Filem Banglo Seksyen 12 mengambil inspirasi daripada novel Hasrudi Jawawi dan merupakan filem terbitan syarikat produksi milik Intan sendiri, iaitu Prisma Pictures Sdn Bhd. Rasa macam tak sabar pula nak tengok filem ini!
PU Riz Keluar Buku
Biarpun diulit dengan kontroversi mengenai perhubungan cintanya dengan Neelofa pada penghujung tahun lalu, pendakwah bebas PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Ismail terus bersikap profesional dengan memilih untuk bangkit ke hadapan. Buktinya, pada 1 Januari 2021 lalu, PU Riz mengeluarkan buku pertamanya yang berjudul Kaya Jiwa terbitan Markaz Tijaari. Menerusi perkongsian Riz sendiri di Instagram, buku yang sarat dengan pesanan hidup dan kisah perjalannya itu kini telah berjaya dijual lebih daripada 1, 000 nashkah! Wow.
Vokalis Floor88 Bertunang!
Vokalis kugiran terkenal Floor88, iaitu Ayie, 23, kini telah sah bertunang dengan wanita pilihannya, Tasha, 22. Pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan Tasha juga, ialah rakan kongsi perniagaan kepada Ayie untuk kafe mereka yang beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut Ayie sendiri, mereka bakal mengikat pertalian sah sebagai suami isteri pada tahun hadapan!
Comments
Post a Comment