“Saya bayar nafkah anak2 tiap bulan..” – Aidil Zafuan nafi abai tanggungjawab Skip to main content

“Saya bayar nafkah anak2 tiap bulan..” – Aidil Zafuan nafi abai tanggungjawab

Seperti semua sedia maklum, bintang bola sepak Aidil Zafuan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon cantik jelita Rita Rudaini pada 2008.

Namun hidup tidak selalunya indah, perkahwinan mereka dilanda badai sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013.

Terbaru, kembar kepada Zaquan Adha itu memuat naik satu kenyataan bertulis melalui Instastory untuk menjelaskan dakwaan orang ramai yang memberi pelbagai tuduhan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurut pemain berusia 33 tahun itu, dia sering didakwa tidak memberi nafkah kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Tak lari dari tanggungjawab

Aidil atau nama penuhnya Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak menjelaskan, sebagai bapa yang bertanggungjawab, dia tidak pernah gagal untuk membayar nafkah kepada anak-anak mengikut ketetapan mahkamah.

“Saya difahamkan daripada tuduhan orang ramai yang mengatakan saya tidak memberi nafkah dan tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anak.

“Ingin saya nyatakan yang selama in, saya telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun,” tulisnya.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah selain menegaskan supaya pihak bekas isteri tidak menjaja aib keluarga kepada pihak luar.

“Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Saya juga manusia biasa yang tidak lari melakukan kesalahan,” luahnya.

Selepas bercerai, Aidil berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.

Sumber: Instagram Aidil Zafuan

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari