Saya Pakai Tutup Aurat. Ada Ke Mana-Mana Surah AI-Quran Kata Baju Kurung Ini Milik Wanita – Nur Sajad
Rabu lepas, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajad mengaku tidak bersalah di Mhkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 6 Januari lalu, atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Menurut sumber, Muhammad Sajjad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee aka Shaii.
Mengikut pertuduhan, dia sebagai seorang lelaki didkwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan Islam dipandang hina.
Difahamkan kejadian didakwa dilakukan ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat di premis kecantikannya di Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi di sini pada jam 7.30 malam, 23 Februari 2018 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enkmen Jnyah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau pnjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesaIahan.
Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendkwa Syarie, Atras Mohd Zain.
Muhammad Sajad kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mhkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sajad menangis dalam keadaan bergari.
Nur Sajad menerusi Instagram miliknya mendkwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.
Dia turut mendkwa, dilayan dengan bvruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk memperthankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.
Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.
SaIah ke pakai baju kurung?
Sementara itu, dalam perkongsian di Intagram sehari sebelum didkwa di mhkamah, Sajad dilihat telah memuatnaik status yang merujuk kepada pertudu-han ke atasnya.
Sajad telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila dikritik orang ramai yang membuat Iaporan terhadapnya kerana berpakaian seperti wanita.
” Buat kebaikan pada agama, terus kata kita saIah pakai perempuan.
” Ada ker mana mana surah aI-Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita?
” Saya pakai tutup aurat.. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita?
” Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fasyen dalam surah…kalau saya saIah saya minta maaf..sebab itu yang saya tahu dalam surah..
” Selanjutnya boleh minta (pihak) berwajib ulaskan.. kecoh sangat bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak saIah.
” Korang tu pi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana??
” Berzaman kami makan benda tak tahu statusnya!! Sebab apa?? Korang fikir sendiri!!
” Korang jgn judge orang.. korang yang berserban pun kuat meliwat orang kat madrasah…tu lagi HARAM!” tulis Sajad
Soalan Sajad itu bagaimanapun tidak dapat dijawab warganet kerana beliau telah menutup ruangan komen. Namun yang pasti, semua tidak akan bersetuju dengan Sajad.
Sumber: IG Sajad
Comments
Post a Comment