Suami Baru Habis Kuarantin, Isteri Teriak Baca Pregnancy Test Positif - Video Skip to main content

Suami Baru Habis Kuarantin, Isteri Teriak Baca Pregnancy Test Positif - Video

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan berkeluarga. Kadang kala, ada pasangan yang diuji apabila rezeki tersebut sedikit dilewatkan dan pastinya menghadirkan rasa debar di hati mereka.

Hal ini sama juga dengan satu pasangan yang mendapat khabar gembira apabila sang isteri hamil selepas hampir 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Hamil lepas 3 tahun menanti

Lebih menggembirakan lagi, khabar tersebut diterima seusai mereka disahkan negatif Covid-19 dan selesai menjalani kuarantin.

Dalam perkongsian yang dibuat satu akaun Tiktok yang menggunakan nama massiew2, dia telah menunjukkan keputusan alat  prengancy test kepada suami apabila sejak kebelakangan ini haidnya agak lewat.


@massiew2

Part 1 : Kalau takde camne ? #fyp

♬ original sound - Massieww


Tak tengok result, tunggu lepas solat

Melalui video tersebut, wanita itu memaklumkan membuat ujian kehamilan sebelum menunaikan solat secara berjemaah. Selesai solat, dia telah mengambil alat terbabit dan mendapati terdapat dua garis merah dan terus menangis memberitahu suaminya.

Perasaan gembira tidak dapat disorok lagi apabila masing-asing berpelukkan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas diduga positif Covid-19 sebelum ini.


@massiew2

Reply to @anna.diyannaa allah itu sebaik baik perancang kan 🥺 #fyp

♬ original sound - Massieww


Kami pun sama2 sebak

Perkongsian tersebut sememangnya membuatkan warganet turut berasa sebak kerana memahami perasaan setiap pasangan yang sudah lama berkahwin dan tidak mempunyai rezeki menimang cahaya mata lagi.

Susulan daripada itu, rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah diatas kehamilan tersebut dan mendoakan urusannya dipermudahkan sehingga waktu bersalin kelak.

Alhamdulillah, tahniah!

Meleleh air mata tengok

Sumber: massiew2

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M