Suami Izinkan Isterinya Peluk Bekas Teman Lelaki Buat Kali Terakhir Di Hari Pernikahan - Video Skip to main content

Suami Izinkan Isterinya Peluk Bekas Teman Lelaki Buat Kali Terakhir Di Hari Pernikahan - Video

Bayangkan, kalau bekas kekasih suami atau isteri memunculkan diri sewaktu hari bahagia korang, pasti akan timbul perasaan kurang senang terhadap individu terbabit, kan?

Hah! Tetapi lain pula yang berlaku bagi pasangan pengantin yang berasal dari Indonesia ini. Perkongsian berbentuk video tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok oleh @mayangkumay.,

Dalam video tersebut, Mayang dilihat memeluk erat bekas teman lelaki yang hadir di majlis pernikahannya mengenakan baju berwarna putih. Bagaimanapun, dia sempat meminta izin dahulu kepada si suami yang berada di sebelahnya sebelum memeluk lelaki itu.


@mayangkumay

Gumawo yobu aku 🥺 #fyp #thebridestory #xyzbca

♬ original sound - Chris Andrian Yang


Siapa sangka, si suami menganggukkan kepala sebagai tanda memberi izin kepada isterinya. Sudah dapat ‘lampu hijau’ daripada suami, apa lagi, wanita itu dengan pantas dan bahagianya memeluk erat bekas teman lelakinya.

Selepas itu, boleh pula dengan selambanya lelaki berkenaan bersalaman dengan si suami dan memberi ucapan tahniah, macam tiada apa yang berlaku. Aduhai!


@mayangkumay

Balas @nikennalee well netizen yg terhormat semua bebas berpendapat dipersilahkan 😅 #fyp

♬ original sound - Mayangkumay


“Insecure dengan suami. Minta izin peluk bekas kekasih untuk yang terakhir kalinya,” tulisnya di dalam video.

Video terbabit menjadi tular di serata laman sosial dan telah ditonton ribuan kali oleh warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam perbuatan si isteri yang tanpa segan silu memeluk lelaki lain di majlis pernikahannya.

Si suami berhak dapat perempuan yang lebih baik

Peluk bukan mahram pulak tu!

Minta maaf lah pada suami

Sakit hati melihatnya, apalagi suaminya

Si suami itu pun, tidak mungkinlah tiada perasaan marah bila tengok isteri peluk lelaki lain dengan penuh kasih-sayang macam itu. Macam-macam betul ragam manusia zaman sekarang!

Sumber: TikTok @mayangkumay

Comments

  1. Mungkin itu salah satu adab di sana indonesia,adab kita di malaysia lain,sebelum kita mengecam kejadian tersebut,terlebih dahulu kita kena tahu adab adab di indonesia,inilah sikap rakyat kita umat islam mudah sangat nak kecam kecam org lain,mcmlah diri kau orang baik sangat

    ReplyDelete
  2. Blom pun satu hari dah peluk lain lelaki... tggu sebulan. Rasanya terus tido dgn lelaki lain... bro, u deserve a better women.. shes not for u.... what kinda women is that... a slut

    ReplyDelete
  3. Blom pun satu hari dah peluk lain lelaki... tggu sebulan. Rasanya terus tido dgn lelaki lain... bro, u deserve a better women.. shes not for u.... what kinda women is that... a slut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M