Penerbit popular, Datuk Ayu Puteh, 44, tampil mempertahankan PU Riz yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi yang melanda hubungan cinta antaranya dengan selebriti terkemuka Neelofa.
Datuk Ayu Puteh yang merupakan kenalan rapat keluarga PU Riz berkongsi beliau telah mengenali keluarga tersebut sejak 15 tahun lalu kerana bernaung dalam satu persatuan perniagaan yang sama bersama bapa pendakwah tersebut.
Katanya, “Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.
“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.
“Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkanlah Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?
Tambah Datuk Ayu lagi, “Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa.”
Terdahulu, PU Riz dituduh menerima wang sebanyak RM 100, 000 daripada Neelofa gara-gara seorang pengguna Twitter memuat naik screenshot perbualan mengenai PU Riz.
Perbualan tersebut berkisarkan PU Riz yang kononnya telah bernikah secara rahsia bersama Neelofa di Kelantan dan menerima sejumlah wang besar daripada Neelofa untuk dirinya dan keluarga melalui bank transfer.
Pengguna tersebut kemudiannya diburu oleh pembantu peribadi Neelofa kerana memuat naik ciapan yang berbaur fitnah di sosial media hingga memburukkan namanya selain mengeruhkan lagi keadaan sedia ada antara kedua-dua belah keluarga pasangan tersebut.
Pada tahun lalu, graduan Universiti Al-Azhar, Mesir itu pernah berlakon dalam filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh berjudul Ada Apa Dengan Dosa.
Comments
Post a Comment