Utamakan Solat Sebelum Terbang, Pesanan Terakhir ‘Pilot’ Sriwijaya Air Meruntun Jiwa Skip to main content

Utamakan Solat Sebelum Terbang, Pesanan Terakhir ‘Pilot’ Sriwijaya Air Meruntun Jiwa

Semalam, laman media sosial dikejutkan dengan sebuah tragedi duka yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia dimana pesawat komersial Sriwijaya Air disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

Pesawat berkenaan terhempas selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak.

Rata-rata rakyat negara terbabit bahkan Malaysia juga terkesan serta turut berasa hiba dengan tragedi yang telah menimpa seramai 62 penumpang termasuk anak kapal yang menaiki pesawat itu.

Salah seorang mangsa nahas adalah juruterbang pesawat iaitu Kapten Afwan. Bagaimanapun, terdapat kisah menarik tentang mangsa berkenaan yang dikongsikan oleh keluarga dan sahabat yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

Menurut ahli keluarga dan sahabat, Kapten Afwan cukup dikenali dengan peribadinya yang dermawan dan rajin beribadah.

Bagi memperingati pemergiannya, seorang pengguna Twitter @AgungRahmadl memuat naik sebuah posting berkongsi cerita tentang Allahyarham suatu ketika dahulu.

Menurutnya, dia sedang tertidur waktu itu dan Kapten Afwan ingin meminjam charger miliknya. Bangun tidur, dia mendapati sekeping nota bertulis daripada Kapten Afwan.

Waktu itu…

“Agung, saya pinjam charger sebentar ya. Terima kasih sebelumnya. Jangan lupa solat Subuh,” tulis Kapten Afwan dalam nota tersebut.

Dalam satu posting lain di Instagram, akaun laman sosial @makassar_iinfo berkongsi beberapa lagi perkongsian warganet tentang sifat sebenar arwah sewaktu hayatnya.

Seorang warganet @kiki_salsabila mendakwa Allahyarham cukup sinonim dengan kopiah putihnya. Malah, setiap kali sebelum pesawat berlepas, dia akan menunaikan solat terlebih dahulu sementara penumpang dan kru kabin lain menunggu.

Jelas sekali, Kapten Afwan adalah seorang yang sentiasa menjaga amal ibadah sebagai seorang hambaNya di atas muka bumi ini.

“Kapten Afwan cukup dikenali dengan kopiah putihnya, kita selalu menunggunya solat, setelah dia selesai solat, baru kita mula berlepas,” luahan sedih seorang pengguna Twitter @kiki_salsabila.

Dalam pada itu, pengguna akaun @muhammadravy97 tidak menafikan bahawa Kapten Afwan merupakan seorang yang baik.

“Orang baik orang soleh, insya Allah akan diberi jalan yang terbaik untuk dia. Terima kasih kapten Afwan,” ucapnya.

Salah satu kapten terbaik! Tak banyak ‘songeh’

Bahkan, ada juga yang bercerita tentang gambar profil Whatsapp terakhir yang digunakan oleh Kapten Afwan sebelum berlepas dan hilang kontak.

Gambar profil dipercayai milik Allahyarham


“Setinggi apa pun aku terbang tidak akan mencapai syurga bila tidak solat lima waktu,” begitulah bunyi status Kapten Afwan sebelum berlepas menaiki pesawat.

Semoga Allahyarham Kapten Afwan dan penumpang pesawat ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Jadikanlah kisahnya sebagai iktibar buat kita semua. Mati itu pasti, cuma saatnya menjadi rahsia Allah. Oleh itu sempurnakanlah tuntutan kita sebagai seorang Muslim.


Sumber: Instagram Makassar Info , Twitter @rizkianoob , Berita Hits


Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 ูˆَุฐَู„َّู„ْู†َุงู‡َุง ู„َู‡ُู…ْ ูَู…ِู†ْู‡َุง ุฑَูƒُูˆุจُู‡ُู…ْ ูˆَู…ِู†ْู‡َุง ูŠَุฃْูƒُู„ُูˆู†َ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me