Sesiapa sahaja tidak kira perempuan atau lelaki pasti suka membeli barangan sama ada ia dijual atas talian atau sebaliknya terutama di musim PKP ini. Namun begitu, golongan wanita yang berhijab pasti mempunyai masalah untuk mengambil barang tersebut di luar rumah apabila delivery boy telah sampai kerana mereka perlu bergegas memakai tudung.
Baru siap mandi delivery boy sampai…terus sarung tudung dengan tuala di kepala
Dalam pada itu, video seorang gadis telah tular di TikTok yang menunjukkan kekalutan dirinya ketika mengambil barang di luar rumah dalam situasi sangat melucukan. Katanya musim PKP ini terlalu banyak order barang dan difahamkan ada penghantar makanan yang sampai secara tiba-tiba sejurus gadis itu siap mandi. Dengan penampilannya yang bertuala di kepala mungkin kerana rambut masih dalam keadaan basah, gadis itu tidak kisah untuk terus menyarung tudung sebelum keluar dari rumah.
@fioreeeeeeeeeeee_ Girls out there 😭 sapa pernah macam ni 🤣#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypシ #fypdong
♬ Im Yours Remix - •MarshandaMaitimu🐠
Macam-macam perangai golongan hawa…karang ada yang peramah siap tegur
Video yang berdurasi 15 saat telah membuatkan rata-rata terhibur melihat ‘bonjolan unta’ di kepala gadis itu. Kebanyakan mereka terutama perempuan berkongsi perangai yang sama dengan memakai tudung dan telekung walaupun bertuala di kepala kerana rambut masih dalam keadaan basah. Keseluruhannya, video itu telah meraih lebih 170 ribu jumlah tontonan.
Sumber: tiktok
Comments
Post a Comment