Video - Berani perjuangkan hijab, Mia Sara dipuji matang keluarkan kenyataan Skip to main content

Video - Berani perjuangkan hijab, Mia Sara dipuji matang keluarkan kenyataan

Sebelum ini, kita pernah mendengar pelakon  kanak-kanak popular, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan, 16 tahun pernah memaklumkan bahawa dirinya kurang mendapat tawaran berlakon disebabkan bertudung.

Jadi, menerusi program Analisis di TV Al-Hijrah, Mia telah menjelaskan situasi yang dihadapinya ketika mengambil keputusan untuk bertudung di usia muda dan masih mahu meneruskan kerjaya sebagai pelakon.



Keberanian perjuangkan hijab

Sehubungan dengan itu, moderator untuk program Analisis iaitu Finaz Yunus mengakui sendiri berasa kagum dengan pendirian remaja tersebut untuk tidak membuka tudung setelah memakainya sekitar lima tahun lalu.

Perkongsian Mia yang mendedahkan ada sesetengah produksi yang memintanya membuka tudung benar-benar menyinggung perasaan kerana mereka sedia maklum dia sudah berhijab sejak dibangku sekolah rendah lagi.



Nampak lebih matang berbanding artis dewasa

Jawapan dan juga ulasan Mia Sara telah menarik perhatian warganet apabila memuji kelantangan dan keberanian pelakon itu dalam membidas sesetengah produksi memandangkan ramai lagi yang bernasib sama sepertinya.

Warganet turut kagum dengan kematangan seorang remaja berusia 16 tahun dalam mempertahankan hijabnya walaupun terpaksa melepaskan kerjaya yang menjadi periuk nasi sejak sedari dulu.

Respect Mia

Definisi manusia berprinsip

Beberapa wakil turut tampil bersuara

Program Analisis yang membincangkan topik ‘benarkah berlaku penindasan terhadap artis bertudung?’ turut menampilkan 3 orang panel iaitu wakil dari Finas iaitu Zed Zaidi, pelakon senior, Fauziah Nawi serta Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah & Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Masing-masing mengulas isu tersebut dan mengakui bahawa hijab bukanlah halangan untuk berseni dan dalam penghayatan watak tiada kena mengena langsung dengan bertudung.



Sumber: Finaz Yunus, TV Alhijrah

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru