Kucing merupakan binatang peliharaan yang cukup disukai orang ramai kerana sifatnya yang manja malah si comel itu boleh menjadi peneman dan penghibur tatkala sunyi mahupun sedih.
Sudah banyak kisah-kisah kucing yang viral mendapat tempat dihati pengguna media sosial terutama kucing berwarna Oren yang cukup mesra dengan panggilan orang ramai berikan iaitu Oyen.
Sehingga telatah kucing-kucing Oyen yang tidak disangka-sangka mencetuskan warganet terhibur namun lain pula kisah yang berlaku terhadap seekor kucing Oyen ini apabila si comel itu menghadapi situasi yang berbeza malah menyedihkan selepas seorang penguna Tiktok berkongsikan kisah haiwan terbabit kepada umum.
Seekor kucing Oyen ini dipercayai telah dibuang orang tetapi lebih menyedihkan buat warganet apabila individu yang menjumpai haiwan tersebut dalam hutan ketika memancing.
Walau bagaimanapun, Oyen itu dibawa pulang ke rumah oleh rakannya dan dalam satu perkongsian video, individu berkenaan berkongsikan gelagat comel Oyen yang berjaya diselamatkan.
@rusydi35 kucing teman harini🥰#kucing #oyen #oyenbuathal #haiwancomel #kucingcomel #pecintakucing #sibulus #fyp #fypシ #fouryour @apikkdba
♬ bunyi asal - Ahmad Rusydi
Melalui perkongsian pengguna Tiktok Ahmad Rusydi itu ternyata tindakan rakannya menyelamatkan Oyen mendapat pujian ramai sekali gus dia didoakan warganet.
Comments
Post a Comment