Sebelum ini, wanita bernama Aien Suraya ini pernah mendapat kejutan apabila dihadiahkan barang kemas oleh suaminya. Pemberian yang tidak dijangka itu penuh unik apabila diletakkan dalam bekas plastik berisi air batu. Semalam, lelaki berkenaan sekali lagi membuat suprise yang seakan sama dengan sebelumnya.
Pelik tengok suami sibuk rakam video…Dah standby sorok gelang dalam tomyam
Pada awalnya, Aien merasa pelik apabila melihat suaminya asyik sibuk merakam video sewaktu makan. Siapa sangka, rupanya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi apabila diam-diam menyorokkan seutas gelang emas dibalut plastik ke dalam kuah tomyam yang disediakan.
@aien_suraya omg surprise. nak nangiss 😭😭
♬ original sound - Aien Suraya
Tak sangka dapat lipan baru hari ni…Dahla sesuatu yang diidamkan seorang isteri
Akhirnya wanita tersebut ternampak bungkusan plastik itu sewaktu hendak mengambil kuah tomyam. Aien yang teruja dengan pemberian berkenaan, sempat mentertawakan perangai suaminya sebelum bergegas membasuh gelang diberi. Difahamkan, kejutan tersebut adalah hadiah ulang tahunnya yang bakal disambut minggu hadapan.
patutlah masa nak ambik nasi pun duk main rakam je rupa nya ada something. 😭😭 baru je minggu lepas dapat surprise hari...
Posted by Aien Suraya on Friday, January 29, 2021
Alhamdulillah bertambah-tambah rezeki encik suami…Minggu depan dapat lagi hadiah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkongsian berkenaan selain mengucapkan selamat hari jadi kepada wanita tersebut. Selain itu, mereka turut menyifatkan Aien sebagai seorang wanita bertuah kerana mempunyai suami yang penyayang.
Sumber: TikTok & Facebook Aien Suraya
Comments
Post a Comment