Bagi lelaki, pertumbuhan bulu roma di bahagian muka sudah tentu sesuatu yang biasa. Malah ada segelintirnya berpendapat ia mampu menyerlahkan sisi maskulin dan bonus kepada keterampilan mereka. Namun sebaliknya pula jika hal itu berlaku pada wanita, pasti akan mengundang rasa kurang insecure dalam diri.
Muka tumbuh janggut & misai lebat…gadis tak segan ‘tayang’ keunikan
Berbeza dengan individu lain, gadis yang mesra disapa Cica tampak begitu beryakinan ‘menayang’ keunikan di wajahnya. Dalam sebuah video pendek yang viral ini, dia dilihat sangat manis biarpun memiliki misai dan janggut. Bukan hanya sikit-sikit, malahan bulu berkenaan tumbuh agak lebat seperti lelaki.
@mssvante gak pas tapi mau fyp :( #fyp
♬ Disease by Bts - Alani Raee💜
Pernah cukur & cabut…bulu tumbuh makin lebat start tahun 2018 hingga sekarang
Dedah Cica, pelbagai jenis cara sudah dia lakukan termasuklah mencukur dan menggunakan rawatan laser namun hasilnya tetap sama. Malah sewaktu membuat pemeriksaan lanjut, doktor memaklumkan dia menghidap ‘hirsutism‘ iaitu pertumbuhan bulu lebat yang berlaku di fasa umur dalam waktu subur. Pun begitu, pelajar jurusan perundangan dari Indonesia ini tetap akur dan menganggap ia satu kelebihan.
@mssvante Reply to @mssvante ni klarifikasi gak si kl gini? kl mau lebih jelas nnti gue bikin part 2 nya deh sekalian foto” nya #fyp
♬ original sound - cica
MasyaAllah cantiknya…walau apa pun terus semangat
@mssvante Reply to @tputri32 tiktok pls aku butuh yg lgsg gausah part2 an :( #fyp
♬ original sound - cica
Secara keseluruhan, video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu berjaya meraih lebih 4 juta tontonan. Di samping memuji kecantikan Cica, rata-rata netizen turut mengingati untuk saling menghargai setiap kurniaan yang dititipkan Tuhan.
sumber: Kisahdunia
Comments
Post a Comment