[VIDEO]Gurauan Kasar Baling Ulat Kena Tangan, Si Suami Berlari Pujuk Isterinya Menangis Teresak-esak
Perasaan fobia kepada binatang kecil seperti ulat, cacing, cicak, lipas atau katak bukan lagi benda pelik lagi-lagi di kalangan orang perempuan. Dengan tektur kulit yang lembik, menggerutu atau melekit, tidak ramai yang berani untuk menyentuh spesies
berkenaan apalagi jika secara tiba-tiba muncul di depan mata.
Persis seperti kisah lucu seorang wanita ini, dia amat terkejut selepas menjadi sasaran gurauan kasar suaminya sendiri.
Suami tahu saya geli sangat dengan ulat tapi dia baling juga kena kat tangan
Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan di Instagram Puan Hajar Hanif, dia mengakui sangat takut kepada ulat namun tidak
sangka Encik Suami telah membaling binatang kecil berkenaan hingga terkena pada bahagian tangannya.
Dek kerana terlalu geli, dia yang meluru masuk ke dalam rumah dilihat tercegat lalu menangis teresak-esak meskipun sudah dipujuk.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet ada yang rasa geli hati dan ada terharu dengan sikap si suami itu
sumber: instagram
Comments
Post a Comment