“Doktor tak belajar agama ke?” Lebih Sejam Isteri Bertarung Nyawa, Suami Tak Mahu Doktor Lelaki Sambut Kelahiran
Detik kelahiran cahaya mata adalah momen indah yang sering dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga. Namun begitu, persediaan untuk kelahiran sering menjadi keutamaan seperti hospital, kelengkapan bayi dan persediaan dari ibu yang bakal melahirkan itu sendiri Ramai ibu diluar sana menginginkan doktor wanita yang akan membantu mereka semasa proses kelahiran berlaku. Doktor kongsi pengalaman proses kelahiran di hospital daerah Namun begitu tidak dapat dinafikan, doktor lelaki dalam bidang tersebut turut sama hebatnya dan dan ramai doktor lelaki mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang Dr Ahmad Zakimi Abdullah, beliau berkongsi satu kisah ketika sedang bekerja di salah sebuah hospital daerah Mungkin isteri itu sakit nak bersalin “Di suatu ketika semasa aku kerja di sebuah hospital daerah, ada seorang suami membawa isteri yang nak bersalin ke bilik bersalin.” “Si suami berseluar pendek, bertopi dan memakai rantai.