10 Rumah Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Serba Mewah Skip to main content

10 Rumah Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Serba Mewah

Senarai rumah-rumah VVIP yang femes kat Malaysia ni mengandungi pemimpin serta orang politik seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad!

Hari tu kita dah buat senarai rumah banglo mewah selebriti-selebriti kat Malaysia kan? So, kali ni apa kata kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia pulak.

Asyik dengar cerita je yang rumah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik ni sangat megah dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya.

Bila dah jadi nama terkenal, memang hidupnya tak berapa tenang ler sebab semuanya dipantau. Sampai cara suap nasi pun orang nak ambil gambar okay!

Dah dah, tanpa membuang masa lagi, mari kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami berjaya dapatkan gambarnya dari Internet (susah tau)!


1) Datuk Seri Najib Tun Razak

Haaa nama ni sangat femes la sekarang di segala platform dari berita TV, ke surat khabar, sampai lah laman social Facebook.

Ramai betul yang masih cerita pasal Datuk Seri Najib, atau lebih dikenali sebagai Najib Razak, ni kan.

Bagi yang tak tau, beliau adalah anak lelaki sulung bekas Perdana Menteri kedua kita, iaitu Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.

Najib Razak pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan.

Memang macam-macam kes dikaitkan dengan beliau tapi kita letak tepi la dulu semua tu ya, nak jamu mata tengok rumah-rumah mewah je kali ni.

Ni kira isu rumah paling top yang dikongsi online sekarang dan pada yang nak sangat tengok gambarnya, ada la ni tapi dari luar je.

Kalau dapat jejak masuk, mesti lagi best kan? Mungkin la terjumpa berlian ke apa kat dalam tu!




2) Dr Mohamad Khir Toyo

Khir Toyo ni adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-13. 8 tahun jugak beliau jadi Menteri Besar negeri tu dari tahun 2000 sampai 2008.

Memang pernah kecoh dengan kes rumah banglo mewah yang katanye terlampau sangat mahal. Orang kata kos rumah tu memang melebihi kemampuannya, orang lain yang kata tau, bukan kitorang!

Mau tak nya, rumah yang berada kat Shah Alam tu harganya hampir RM24 juta. Tengok gambar pun dah rupa macam istana tau!

Sesiapa yang masih tertanya-tanya macam mana rupa rumah mewah bernilai RM24 juta ni... mari kita usha sikit.



3) Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir

Anak ke-5 Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013.

Sekarang beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-13 sejak 11 Mei 2018. Rumah Mukhriz ni kami tak dapat nak cari harganya tapi kalau tengokkan gambar, memang terserlah kemewahannya tu.

Sangat menarik susun atur dalam rumah ni dan kawasan luar tu nampak luas amat. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi-tepi swimming pool lagi!




4) Lim Guan Eng

Semua dah kenal ye dengan Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kita sekarang?

Kalau nak diikutkan, tak ada cerita sensasi sangat pun pasal beliau, tapi ada jugak ler khabar angin yang beliau membeli rumah pada harga yang lebih murah dari sepatutnya.

Murah tak murah, masih dalam jutaan Ringgit harga rumahnya di George Town. Tak adalah cecah sampai RM5 juta pun tapi boleh tahan cantik dan grand rumahnya bila tengok dari luar.




5) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Selangor.

Gambar rumah beliau yang dikongsi di internet ni katanya berharga dalam RM16 juta, boleh tahan jugak la kan!

Tengok luar rumah pun nampak grand sangat dengan rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu.



6) Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7.

Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik di Sarawak, tapi ramai yang masih lagi cerita pasal kekayaannya. Bukan main cantik lagi rumahnya... dah macam ala-ala duduk kat Miami pulak!

Pernah tak tengok rumah-rumah besar dan grand kat tepi persisiran air yang confirm-confirm ada private yacht, macam dalam cerita CSI Miami tu?

Haaa macam itulah feelingnya bila kali pertama tengok rumah ni di bandaraya Kuching... tak percaya? Jom tengok kat bawah, kalau tengok video nak sampai rumah ni lagi gempak.



7) Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim

Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim ni presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berkhidmat jugak sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia.

Beliau memang ahli politik Malaysia yang boleh dikatakan femes sebabkan pelbagai isu dan kontroversi yang melanda beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia politik ni.

Kalau bab rumah pulak, pernah keluar kenyataan yang rumah kat Bukit Segambut yang bernilai dalam RM9.5 juta, yang mana masa mula-mula beli dulu, harganya RM 4.5 juta je.

Ada orang yang pernah sampai ke rumah tu cakap yang design banglo nampak simple tapi cukup elegan dan ekslusif

Nak tengok kat bahagian dalam memang tak dapat lah buat masa ni, kecuali anda dijemput sendiri ke rumah beliau. Jadi, kalau dapat jemputan tu, jangan lah tak pergi pulak!




8) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil

Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ikutkan beliau jadi femes sebab skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan.

Dari situ jugak, keluar lah cerita pasal rumah-rumah mewah yang beliau ada. Salah satunya chalet mewah kat Janda Baik bernama Cempakasari.

Katanya, kediaman tu memang bak istana kayangan. Dah lah bernilai jutaan Ringgit pastu perabot jati pulak diimport khas dari Bali.

Ada jugak khabar berita yang beliau memiliki kondo mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Kitorang share je gambarnya kat bawah ni tapi sejauh mana kesahihan cerita tu, kami tak berapa pasti tau!


9) James Jemut Masing

Mungkin ada yang tak berapa kenal James Jemut Masing ni, tapi kebanyakan rakyat yang tinggal kat Sarawak memang kenal.

Beliau ni Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Kediamannya menjadi tanda tanya sebab terlampau mewah dan duduk pulak kat tengah-tengah bandaraya Kuching.

Kediaman mewah tu dibina atas tanah seluas dua ekar dan harga pulak sampai RM2 juta. Boleh tahan besar la kan kalau tengokkan gambar tu.

Ada jugak tetamu dia bagitau yang bilik-bilik tidur kat bahagian atas rumah semua luas-luas, pastu karpet dan perabot-perabot kulit pulak mahal-mahal jugak.


10) Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Yang paling last sekali, kami nak share rumah salah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad!

Siapa tak kenal dengan Tun Mahathir kan? Lejen dalam dunia politik bukan kat sini je, serata dunia dah kenal dia.

Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Hebat kan?

Dah cipta sejarah kat tanahair, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. Nampak sangat selesa dan inviting sangat rumah beliau ni. Jom kita tinjau beberapa keping gambar yang ada ye.




Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni.

Sumber: propertyguru

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a