Adibah Noor tawarkan diri ajar bahasa Inggeris di DidikTV Skip to main content

Adibah Noor tawarkan diri ajar bahasa Inggeris di DidikTV

Seperti yang kita semua tahu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan DidikTV sebagai satu usaha untuk menyediakan akses pembelajaran kepada semua pelajar di seluruh negara, tambahan lagi sewaktu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Selain menyediakan pembelajaran berdasarkan piawaian kurikulum sekolah semasa, saluran berkenaan turut menyampaikan berita berkaitan dunia pendidikan, didik hibur (edutainment) dan juga pengisian atau ‘content’ yang dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Teruja dengan idea tersebut, penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar Bahasa Inggeris di DidikTV.

Hasrat tersebut diluahkan menerusi akaun Twitter peribadi miliknya @adibahnoor dan sehingga kini ciapannya meraih lebih 19,000 tanda suka.

Saya nak ‘offer’ diri kepada KPM

“Saya nak tawarkan diri kepada @KemPendidikan, untuk jadi perantara yang “mengajar” Bahasa Inggeris kat DidikTV, boleh?,” tulis penyanyi berusia 50 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong hasratnya dan memuji tindakan pelakon drama bersiri Oh My English! itu kerana berbesar hati menawarkan diri demi mendidik para pelajar.

Bukan budak je, ibu bapa pun ramai tengok nanti

Setuju!

Bagaimanapun di sisi lain pula, ada warganet yang tidak bersetuju dan mengecam empunya diri. Malah, ada juga yang mempersoalkan kelayakannya untuk menjadi seorang pengajar.

Tak payah ambil, acah je lebih

Untuk menjawab pertikaian warganet tentang kelayakan itu, Adibah berkongsi latar belakang pendidikannya bahawa dia merupakan graduan Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

Hebat! Memang dah terlebih layak dah tu

Terdahulu, pemilik nama Adibah Noor Mohamed Omar itu dikritik warganet apabila dia sering memperbetulkan sebutan perkataan bahasa Inggeris dalam kalangan selebriti dan ahli politik di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Adibah kritikan warganet sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk mendidik orang ramai dalam memperbaiki sebutan bahasa Inggeris.

Sumber:ohmymedia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a